Bismillah
Alhamdulillah minggu ni aku berjaya menjejakkan kaki di Köln. Köln ialah bandar keempat terbesar di Jerman dan merupakan bandar paling besar di negeri NRW. Bandar ini terletak bersebelahan dengan ibu negeri NRW iaitu Düsseldorf. Satu masa nanti kita pergi sana ye. Banyak kenangan kat Düsseldorf.
Baiklah. Tempat pertama yang dituju semestinya ialah Kölner Dom (Cologne Cathedral). Lokasinya terletak betul-betul di luar Köln Hauptbahnhof (Cologne Central Station). Jadi korang tak perlu bersusah payah nak cari bangunan ni. Kalau korang tak berniat untuk datang ke sini pun korang tetap akan nampak sebab bangunan dia sangat tinggi. Pernah menjadi gereja tertinggi di dunia, Kölner Dom diwartakan sebagai salah satu tapak warisan dunia. Gereja ini juga menjadi mercu tanda yang paling dikunjungi di Jerman. Gereja ini sentiasa dijaga supaya tiada bahagian bangunan yang rosak. Satu fakta yang menarik tentang gereja ini ialah ianya tidak dibom semasa Perang Dunia Kedua walaupun kawasan sekelilingnya teruk di bom walaupun hampir keseluruhan bandar ini dimusnahkan sewaktu perang.
Hohenzollernbrücke (Hohenzollern Bridge) ialah destinasi kita yang seterusnya. Lokasinya cuma bersebelahan dengan gereja tadi. Jambatan ini sangat penting kerana ia merupakan laluan kereta api selain menjadi laluan pejalan kaki. Jambatan ini merentasi sungai Rhein (Rhine) dan menghubungkan stesen utama dengan stesen Köln Messe / Deutz.
Ni kedudukan Dom tadi dari jambatan. Untuk membuktikan yang aku tak tipu korang. Hehe. Korang nampak kan kereta api tengah lalu tu? Haa jadi betul la jambatan ni digunakan sebagai laluan kereta api.
Ni la sebabnya jambatan ni digelar sebagai "love bridge". Terdapat pasangan kekasih yang 'mengunci' cinta mereka di sini menyebabkan jambatan ini dipanggil sebegitu. Nampak macam sikit je kan? Sebenarnya kitorang silap naik tangga. Ada tangga satu lagi yang menjadi tumpuan orang ramai. Eh kenapa kitorang tetiba pula ni? Haa sebenarnya minggu ni aku bergerak bersama dengan orang lain. Aku ikut kawan aku yang menjadi pemandu pelancong kepada kakak dia and the gang.
Wuu banyaknya mangga. Sampai dah tak tahu kat mana lagi boleh letak mangga. Kat sini memang penuh la sebab sebelah sini menjadi tumpuan orang ramai. Lagipun kawasan ni lagi senang nak sampai. Korang jalan terus je ke belakang Dom tu. Lepas tu terus sampai sini. Love lock yang sama juga boleh ditemui di Busan, Korea Selatan berdekatan kawasan Menara Busan.
Do you wanna build a snowman? Hey meet Olaf and his... friend? Haha. Salji turun sebelum kitorang memulakan perjalanan jadi dapat la kita bergambar dengan snowman. Eh jangan salah faham. Snowman ni bukan kitorang yang buat. Memang dah ada kat sini. Haha. Takde masa pun nak buat snowman masa tengah jalan-jalan.
Destinasi seterusnya ialah di Schokoladenmuseum. Aku rasa korang boleh agak kot apa makna dia. Jadi tak perlu la aku terjemah kan? Hehe. Maksudnya ialah muzium coklat dan nama yang lebih tepat untuk tempat ini ialah Imhoff-Schokoladenmuseum. Yang dalam gambar tu ialah kaunter masuk dia. Harga tiket untuk pelajar cuma 6.50€. Tapi pastikan korang bawa kad pelajar. Kalau tak, tak dapat la harga diskaun. Muzium ni tutup pada waktu malam jadi pastikan korang datang awal ke sini. Kitorang datang sini hari tu berjalan kaki je dari jambatan tadi tapi sebenarnya ada bas dari Hbf. Sila naik bas 133 ye dan turun di Haltestelle Schokoladenmuseum.
Selain pameran, muzium ini juga menunjukkan proses pembuatan coklat dalam skala kecil. Pengunjung juga boleh mereka (baca : design) coklat sendiri dan akan diproses oleh pekerja di sana. Harga untuk coklat tu ialah 4.90€ sahaja tapi kena tempah awal la sebab nak buat coklat tu memakan masa lebih kurang 35 minit. Jadi aku cadangkan korang pergi la tempah coklat tu dulu (sekiranya berminat) sebelum pusing-pusing dalam muzium. Tempahan coklat tu boleh dibuat di tingkat 1. Selain itu, muzium ini juga menawarkan kursus bagi sesiapa yang berminat. Harga tu aku tak pasti la pula sebab aku tak minat.
Untuk maklumat lebih lanjut boleh la rujuk kat sini : Schokoladenmuseum
Tapi tak tahu la ada ke tak info dalam bahasa inggeris. Hehe.
Ni la rakan-rakan yang menjayakan perjalanan kali ni. Semua muka riang sebab baru lepas main. Haha. Kredit kepada pak cik yang tolong ambil gambar.
Haa lagi satu, kat sini ada jual pelbagai jenis coklat kesukaan ramai. Jadi jangan lupa untuk beli untuk yang tersayang ye. Hee.
Seterusnya kita bergerak ke kedai makan. Kedai yang bertuah kali ni ialah '3h's burger & chicken'. Dari Schokoladenmuseum tu korang boleh ambil bas 133 dan turun di Alteburger Wall. Lepas tu kena jalan sikit dan jumpa la kedai tu. Sebab apa pilih kedai ni? Sebab kat sini susah nak cari burger halal selain dari kedai Mr. Chicken. Lagipun kedai tu jual burger bakar - yang pastinya memikat selera pencinta burger. Selain dari bas 133, korang juga boleh naik bas 132 dari Hbf dan turun di Haltestelle yang sama.
Haa ni dia menu kita pada malam ni. Burger, fries dan sebotol air. Oh tidak dilupakan sos buatan sendiri. Harga untuk satu menu ialah 7€ - 9€ bergantung pada apa yang korang tempah la.
Sekian sahaja perjalanan pada kali ini. Wassalam.
#taklamalagibakalberdua
Alhamdulillah minggu ni aku berjaya menjejakkan kaki di Köln. Köln ialah bandar keempat terbesar di Jerman dan merupakan bandar paling besar di negeri NRW. Bandar ini terletak bersebelahan dengan ibu negeri NRW iaitu Düsseldorf. Satu masa nanti kita pergi sana ye. Banyak kenangan kat Düsseldorf.
Baiklah. Tempat pertama yang dituju semestinya ialah Kölner Dom (Cologne Cathedral). Lokasinya terletak betul-betul di luar Köln Hauptbahnhof (Cologne Central Station). Jadi korang tak perlu bersusah payah nak cari bangunan ni. Kalau korang tak berniat untuk datang ke sini pun korang tetap akan nampak sebab bangunan dia sangat tinggi. Pernah menjadi gereja tertinggi di dunia, Kölner Dom diwartakan sebagai salah satu tapak warisan dunia. Gereja ini juga menjadi mercu tanda yang paling dikunjungi di Jerman. Gereja ini sentiasa dijaga supaya tiada bahagian bangunan yang rosak. Satu fakta yang menarik tentang gereja ini ialah ianya tidak dibom semasa Perang Dunia Kedua walaupun kawasan sekelilingnya teruk di bom walaupun hampir keseluruhan bandar ini dimusnahkan sewaktu perang.
Hohenzollernbrücke (Hohenzollern Bridge) ialah destinasi kita yang seterusnya. Lokasinya cuma bersebelahan dengan gereja tadi. Jambatan ini sangat penting kerana ia merupakan laluan kereta api selain menjadi laluan pejalan kaki. Jambatan ini merentasi sungai Rhein (Rhine) dan menghubungkan stesen utama dengan stesen Köln Messe / Deutz.
Ni kedudukan Dom tadi dari jambatan. Untuk membuktikan yang aku tak tipu korang. Hehe. Korang nampak kan kereta api tengah lalu tu? Haa jadi betul la jambatan ni digunakan sebagai laluan kereta api.
Ni la sebabnya jambatan ni digelar sebagai "love bridge". Terdapat pasangan kekasih yang 'mengunci' cinta mereka di sini menyebabkan jambatan ini dipanggil sebegitu. Nampak macam sikit je kan? Sebenarnya kitorang silap naik tangga. Ada tangga satu lagi yang menjadi tumpuan orang ramai. Eh kenapa kitorang tetiba pula ni? Haa sebenarnya minggu ni aku bergerak bersama dengan orang lain. Aku ikut kawan aku yang menjadi pemandu pelancong kepada kakak dia and the gang.
Wuu banyaknya mangga. Sampai dah tak tahu kat mana lagi boleh letak mangga. Kat sini memang penuh la sebab sebelah sini menjadi tumpuan orang ramai. Lagipun kawasan ni lagi senang nak sampai. Korang jalan terus je ke belakang Dom tu. Lepas tu terus sampai sini. Love lock yang sama juga boleh ditemui di Busan, Korea Selatan berdekatan kawasan Menara Busan.
Do you wanna build a snowman? Hey meet Olaf and his... friend? Haha. Salji turun sebelum kitorang memulakan perjalanan jadi dapat la kita bergambar dengan snowman. Eh jangan salah faham. Snowman ni bukan kitorang yang buat. Memang dah ada kat sini. Haha. Takde masa pun nak buat snowman masa tengah jalan-jalan.
Destinasi seterusnya ialah di Schokoladenmuseum. Aku rasa korang boleh agak kot apa makna dia. Jadi tak perlu la aku terjemah kan? Hehe. Maksudnya ialah muzium coklat dan nama yang lebih tepat untuk tempat ini ialah Imhoff-Schokoladenmuseum. Yang dalam gambar tu ialah kaunter masuk dia. Harga tiket untuk pelajar cuma 6.50€. Tapi pastikan korang bawa kad pelajar. Kalau tak, tak dapat la harga diskaun. Muzium ni tutup pada waktu malam jadi pastikan korang datang awal ke sini. Kitorang datang sini hari tu berjalan kaki je dari jambatan tadi tapi sebenarnya ada bas dari Hbf. Sila naik bas 133 ye dan turun di Haltestelle Schokoladenmuseum.
![]() |
| Sila buat tempahan anda kat sini. (1. OG) |

^-^
ReplyDelete