"What really counts are good endings, not flawed beginnings."

Sunday, January 04, 2015

Christmas Travel (Portugal)

Bismillah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.aw..

Rasanya ni merupakan blog ketiga aku kot setelah dua blog yang sebelum ni tak aktif. Aku pun tak tau la kenapa tak aktif. Harapnya blog yang ni tak jadi dormant macam blog2 yang lepas la.

InsyaAllah kali ni aku akan berkongsi pengalaman yang aku dapat sepanjang 11 hari aku travel. Alhamdulillah aku bersama seorang lagi travelmate berjaya cover empat buah negara : Portugal, Sepanyol, Gibraltar dan Perancis. Kami berada di Portugal selama lebih kurang 2 hari.


Ni gambar di Aeroporto Lisboa (Lapangan Terbang Lisbon). Lisbon merupakan ibu negara Portugal sebab tu la kami target untuk datang sini. Lagipun Portugal ni negara kecil je. Tak banyak bandar2 yang menarik untuk dituju. Penerbangan yang kami gunakan ialah Ryanair - semestinya. Sebab apa? Sebab murah. Hehe. Ryanair ni lebih kurang Airasia la kot. Penerbangan tambang murah. Biasanya overseas student akan pilih flight ni la ataupun Easyjet. Penerbangan memakan masa lebih kurang tiga jam dari Bremen, Jerman.

Haa lupa nak cerita. Sebenarnya travel aku ni ada tujuan/matlamat ataupun hadaf bak kata budak-budak usrah. Dan apa tujuan aku? Untuk tengok tinggalan Islam di bumi Eropah. Percaya atau tidak, di Portugal pun ada juga kesan-kesan Islam yang masih dapat dilihat. Selama ni aku cuma tahu di Sepanyol je. Tapi alhamdulillah lepas datang sini baru tahu ada juga tinggalan Islam di Portugal. Kat mana tu? Stay tuned.



Malam tu kami sempat keluar sekejap. Tengok suasana di kawasan sekitar. Asalnya nak keluar makan je tapi entah macam mana boleh tersasar sampai ke bandar. Nasib baik kat sini ada night life, tak macam Jerman. Asal malam je kedai tutup. Ada satu Hinweis untuk siapa-siapa yang nak datang kawasan bandar Lisbon malam-malam - cuba jauhkan diri daripada budak-budak muda yang tak tentu arah tu, takut nanti diorang offer marijuana. Lagi satu, hati2 dengan penyeluk saku. Alhamdulillah kami selamat je sepanjang berada di Lisbon. Tapi sempat la juga dua kali orang offer marijuana. Untuk kalian yang tak kenal apa itu marijuana, sila tanya pak cik Google ye. Terima kasih.

Acah2 nak buat gaya Assassin's Creed
Baiklah. Sekarang pengembaraan Upin Ipin bermula. Eh? Tempat pertama yang kita pergi pagi ni ialah Castelo de São Jorge ataupun St George's Castle dalam bahasa Inggeris. Daripada istana ni, kita boleh nampak seluruh bandar Lisbon dari atas sebab istana ni terletak di atas bukit. Nak cari istana ni pun dah jenuh. Nak kena panjat macam-macam. Maksud aku, nak cari jalan untuk masuk istana. Istana ni memang dah boleh nampak dari bawah sebab dia tinggi. Jadi takde masalah pun nak cari.


Kat binaan menara dan dinding ni kita boleh nampak hasil senibina Islam. Dipercayai dibina semasa pendudukan Muslim di Lisbon.

Puncak istana berjaya kami tawan.
Iklan sikit. Ada banyak merak kat istana ni. Xtau kenapa.
Dah habis cerita pasal istana. Jom kita ke Alfama.


Alfama ni merupakan kawasan kejiranan yang tertua di Lisbon. Mungkin boleh disamakan dengan Altstadt dalam bahasa German. Menempatkan beberapa monumen menarik seperti Igreja de Santa Engrácia (Church of Santa Engrácia) yang kemudiannya ditukar menjadi Panteão Nacional (Pantheon National).
 

Sekarang kita berada di Elevador de Santa Justa (Santa Justa Lift). Apa yang menarik sangat pasal lif ni sampai benda ni pun jadi tarikan pelancong? Haa meh sini nak bagitahu. Lif ni menghubungkan dua jalan sebenarnya. Bukan sembarangan lif tau. Disebabkan bentuk muka bumi Lisbon yang berbukit bukau, pergerakan kita menjadi terbatas terutama sekali ketika nak angkat barang atau bersama binatang. Jadi jurutera pada zaman dahulu bina lif ni untuk memudahkan pergerakan kita - manusia. Tapi kenapa jadi tarikan pelancong? Sebab lif ni merupakan satu-satunya lif menegak yang masih kekal di Lisbon.


Ni view dari guesthouse yang kami tinggal. Seperti yang dijanjikan, bilik kami dapat sea view. Susah kot nak tengok laut kat Jerman. So bila dapat tengok laut ni rasa excited pula.  Cantik kan?


Di sebelah petang pula kita ke satu taman ni. Tak ingat la apa nama dia. Yang penting cantik. Boleh nampak laut dari sini. Design taman ni nampak macam maze. InsyaAllah tak sesat pun kalau masuk. Ada je jalan keluar.

Mamat ni memang suka bendera. Heh
This is just the other side of the park. And of course, the other side of me. Hehe. *okay. selingan semata-mata


Bangunan ni kami jumpa masa dalam perjalanan nak cari aqueduct. Jadi namanya tidak diketahui sebab tak termasuk pun dalam senarai tempat untuk dilawati. Nampak macam sebuah istana tapi tak tahu la. Kalau rajin boleh la cari kat internet ye. Hee


Haa ni la aqueduct yang aku cakap tadi. Nama dia Aqueduto das Águas Livres (Águas Livres Aqueduct).  Aqueduct ni mempunyai sejarah yang tersendiri. Kalau nak cerita panjang pula. Takpe la. Aku cerita pengalaman kat sini. Punya la susah nak cari tempat ni. Masa on the way nak ke sini ada la kami tanya arah kat penduduk tempatan. Tapi malangnya diorang tak faham bahasa Inggeris. Aku pun tak faham apa yang diorang explain. So kami berjalan mengikut firasat hati dan peta yang ada. Masa nak sampai kat bangunan ni tetiba ada anjing menyalak dari tepi. Terkejut dia Tuhan jela yang tahu. Masa tu dah tak fikir apa-apa dah. Terus lari laju-laju. Dah la langit nak gelap masa tu - waktu maghrib. Lepas tu fobia aku dengan anjing datang balik.

Tamat kisah hari pertama. Fuhh panjangnya. Next!


Mosteiro dos Jerónimos ataupun Jerónimos Monastery dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu daripada tapak warisan dunia yang diwartakan oleh pihak UNESCO bersama-sama dengan satu lagi menara yang berdekatan. Cadangnya hari kedua ni nak ke Sintra tapi sebelum ni kita jalan-jalan dulu kawasan ni. Tengok apa yang menarik. Kat Sintra tu la yang aku maksudkan tadi ada kesan tinggalan Islam. Nanti kita tengok eh.


Sebelum ke menara tu kita singgah sini jap. Nampak macam cantik je kan.


Torre de Belém
(Belém Tower) diwartakan bersama-sama dengan monastery tadi sebagai tapak warisan dunia. Menara ni didirikan di atas sebuah pulau kecil sebenarnya. Sebab tu la kita boleh nampak ada air di sekeliling menara.



Sekarang kita dah sampai kat Sintra. Ni pemandangan dari atas bukit. Boleh nampak keseluruhan Sintra dari sini. Tapi ni bukan la highest point kat kawasan ni. Ada lagi. Tunggu.

Haa gayat tak?

Okay. Nama bangunan ni ialah Castelo dos Mouros (Castle of the Moors). Istana ni merupakan salah satu bangunan peninggalan Islam dan sekarang dah jadi salah satu tapak warisan dunia.


Nampak tak tulisan kat bendera tu? Kat situ tertulis Sintra dalam tulisan arab. Tapi aku xleh tarik sebab tinggi sangat. Tu je yang termampu. So ni la antara bukti yang Islam pernah sampai kat sini.


Haa kat sini la highest point kat Sintra. Nama istana ni Palácio Nacional da Pena (Pena National Palace). Senibina bangunan ni terhasil daripada pelbagai konsep termasuk neo-islamic. *tu kepala aku kot


Ni view dari Palácio Nacional da Pena. Boleh nampak Castelo dos Mouros. Maknanya yang ni lagi tinggi la kan.



Kat atas bukit tu la ada dua istana tadi. Sekarang kita kat pekan Sintra. *kenapa mesti ada minah tu -_-


Palácio Nacional de Sintra (Sintra National Palace)
Terletak di tengah-tengah pekan Sintra. Aku cadangkan tak payah la datang sini kalau masa suntuk. Tak banyak pun benda menarik kat dalam ni. Sekadar muzium. Bangunan pun seketul macam ni je. Berbeza dengan istana-istana tadi. Eh lupa nak bagitahu. Bayaran masuk untuk ketiga-tiga istana ni ialah 22.50€. Jumlah bangunan yang ada dalam pakej ialah lima. Tapi kalau ada masa sehari je, paling maksimum yang korang sempat cover cuma tiga bangunan.

Maka dengan ini berakhirlah perjalanan kami di Lisbon, Portugal. Alhamdulillah.

2 comments: