"What really counts are good endings, not flawed beginnings."

Tuesday, January 20, 2015

Week 3 - Schloß Borbeck, Essen


Bismillah

Alhamdulillah minggu ni kita berpindah ke lokasi lain. Kali ni kita berada di Essen. Sebuah bandar yang juga dikenali dengan nama 'Einkaufsstadt' merupakan bandar keempat terbesar di NRW dan kesembilan terbesar di Jerman. (Einkaufsstadt - bandar membeli-belah)

Baiklah. Fokus kita kali ni ialah Schloß Borbeck. Schloß boleh membawa maksud castle, palace, mansion dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Kedudukan bangunan ini terletak agak jauh dari bandar. Korang boleh naik tram 103 sama ada dari Essen Hbf ataupun dari mana-mana Bahnhof yang bersesuaian dan turun di Haltestelle Schloß Borbeck. Senang kan? Lepas tu kena jalan sikit la. Jangan la malas sangat. Heh


Sila cari papan tanda ini dan seterusnya berjalan mengikut arah yang diberi. InsyaAllah korang sedang melalui jalan yang benar. Hehe. Schloß tu tak jauh pun. Lebih kurang lima minit je jalan kaki.


Sekarang kita sudah pun berada di kawasan Schloß. Kecil je rupanya. Tapi kat belakang bangunan tu ada taman. Kalau datang waktu petang, boleh la nampak penduduk tempatan sedang berjoging ataupun sedang menikmati quality time bersama keluarga tercinta.


Jom kita ke taman. Ni pintu masuk dia. Ada lagi pintu lain tapi ni la pintu utama. Waktu ni orang tak ramai sangat sebab cuaca sejuk. Aku pun tak tahan lama sebab tu gambar tak banyak kali ni.

Kolam yang menempatkan itik-itik cantik



Disebabkan jalan ni sangat panjang, jadi aku tidak meneruskan perjalanan. Hanya mampu melihat dari jauh. Jalan digunakan juga untuk berjoging di dalam kawasan taman ni. Pokok-pokok tu nampak macam mati sebab sekarang ni musim sejuk. Suasananya pasti berbeza bila musim bunga menjengah nanti.

Kat sini ada satu video yang berkaitan dengan taman ni : Schlosspark Borbeck

Aku secara peribadinya tidak mencadangkan tempat ini bagi sesiapa yang suka tengok binaan yang menawan. Tempat ini sesuai bagi sesiapa yang ada banyak masa dan dah tak tahu nak pergi mana. So boleh la datang sini untuk habiskan masa. Tapi ini hanyalah pendapat peribadi. Terpulang la kepada setiap individu untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Terima kasih, wassalam.

2 comments: