Bismillah
InsyaAllah hari ni kita sambung lagi perjalanan kita. Ke mana? Ke Sepanyol ke kita? Haha. Jap jap. Kenapa ada part one? Ada part two ke nanti? Haa jawapannya sebab inzwischen tu aku ada pergi negara lain. So terpaksa la pecahkan cerita ni kepada dua bahagian. Kali ni fokus kepada ibu negara Sepanyol je iaitu Madrid. Lepas tu? Nanti la aku cerita.
Kami sampai kat Madrid awal pagi (Kami sebab dua orang).Tapi takde la awal sangat kot sebab masa tu baru lepas subuh - hampir pukul 9 pagi. Perjalanan dari Lisbon dengan kereta api memakan masa lebih kurang 10 jam. Kami naik kereta api renfe. Sepanyol punya syarikat. Kira macam Deutsche Bahn la kat Jerman. Haa macam tu.
Estadio Santiago Bernabéu nama diberi - merupakan stadium yang dimiliki oleh kelab bola sepak Real Madrid. Nama Inggerisnya Santiago Bernabéu Stadium. Disebabkan kami ni tak minat sangat bola, so tak banyak pun spend masa kat sini. Pusing satu round je lepas tu pergi tempat lain.
Kebiasaannya kalau pergi stadium mesti la masuk fan shop kan? Ni la rupa fan shop Real Madrid dari pintu depan. Kedai ni terletak di belakang stadium. Kiranya kena pusing stadium la baru jumpa. Aku pergi ni pun sebab minat nak tengok baju dia je. Tak minat pun team ni.
Baiklah. Misi seterusnya adalah mencari sebuah temple. Tapi sebelum sampai ke tempat tu, sempat juga la tangkap gambar bangunan-bangunan lain. Bangunan-bangunan ni termasuk dalam tarikan pelancong tapi kami tak bagi tumpuan sangat sebab nak cover tempat lain yang lagi menarik.
Hai pak cik! Kenapa ada pak cik ni kat sini? Sebenarnya masa nak cari temple tu kami sesat. So terpaksa la tanya orang. Malu bertanya sesat jalan. Kan? Pak cik ni orang kedua yang kami tanya selepas cubaan pertama gagal. Masa tu pak cik ni tengah exercise dengan kawan dia tapi dia sanggup tunjukkan jalan kat kami dan tinggal kawan dia sorang-sorang. Bukan setakat tunjuk je, siap bawa pergi sana lagi. Ya Allah! Tuhan jela tahu betapa baiknya pak cik ni. Dalam perjalanan tu sempat la dia bagi pesanan. Antara yang aku dapat tangkap adalah pasal peta. Dia kata kalau nak melancong ni kena ada peta kat tangan. Tak boleh main ingat dalam kepala je. Aku pun cakap 'Si' jela. Nak balas lebih-lebih tak reti sebab dia cakap dalam bahasa Sepanyol.
Templo de Debod (Temple of Debod). Inilah destinasi kita. Bukan main jauh lagi berjalan + sesat. Waktu ni dah tengah hari so dah ramai la pengunjung datang. Nampak tak orang tengah beratur tu? Nak masuk ni kena bayar tau. Bayaran dia tak check la pula hari tu sebab tak masuk. Temple ni terletak di tengah-tengah taman. Agak susah la nak cari kalau tak plan betul-betul. So kalau bercadang nak berkunjung ke sini, eloklah buat research dulu sikit. Jangan main redah je.
Tips : Kalau nak masuk tempat yang berbayar, cuba beli online. Kebiasaannya tiket online lagi murah
Sekarang kita kat Palacio Real de Madrid (Royal Palace of Madrid). Nak masuk istana ni pun berbayar. So kita ambil gambar dari luar jela. Masa ni badan dah mula rasa letih. Nak ambil gambar pun dah takde mood. | Info : Real dalam bahasa Sepanyol bermaksud diraja (royal)
Destinasi terakhir kita ialah El Retiro (Buen Retiro Park). Tempat ni adalah sebuah taman yang mana pada asalnya milik monarki Sepanyol. Ia kemudiannya dibuka kepada umum pada akhir kurun ke-19. Seperti yang tertera dalam gambar di atas, taman ni mempunyai tasik yang luas, sesuai untuk sesiapa yang suka naik bot. Haa kalau nak naik bot tu kena tengok la waktu operasi dia. Kalau waktu musim sejuk, dia tutup awal sikit. Masa kami pergi hari tu tak sempat nak naik sebab sampai sana dah lewat.
Rujukan : http://www.madridtourist.info/buen_retiro_park.html
Alhamdulillah itu jela yang sempat dijelajahi di Madrid. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi, boleh la aku datang sini. Mungkin dengan si dia nanti. Ehem2 *batuk

| Ejército del Aire (Spanish Air Force (SPAF)) |

| Metropolis (Tak masuk pun. Gambar je) |
| Depan pintu pagar El Retiro |

:)
ReplyDelete