"What really counts are good endings, not flawed beginnings."

Sunday, December 12, 2021

The Polyglot Journey Begins!

Bismillah



Polyglot? Apakah itu polyglot? Pertama kali aku terjumpa perkataan ini aku tidak berbuat apa-apa. Mungkin ia hanya satu istilah yang tidak terlalu penting untuk perbualan harian. Yelah, umur dah lebih 20 tahun baru dengar perkataan ni.


Polyglot berasal dari gabungan dua perkataan dalam bahasa Yunani yang bermaksud banyak dan lidah. Secara mudahnya ia boleh difahami sebagai seseorang yang mampu memahami dan bertutur dalam banyak bahasa. Jadi berapa banyak bahasa yang melayakkan seseorang digelar seorang polyglot? Kebiasaannya mereka yang menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa sudah boleh dipanggil sebagai polyglot.

Kenapa tiba-tiba aku terlintas nak cakap pasal polyglot ni? Yang pertama sebab benda ni aku rasa agak asing di pendengaran orang Malaysia. Yang kedua sebab aku nak menggalakkan lebih ramai orang menguasai banyak bahasa.

Lazimnya rakyat Malaysia boleh menggunakan sekurang-kurangnya dwibahasa sehingga tahap tertentu. Itupun merupakan satu pencapaian peribadi yang sudah boleh dibanggakan. Apa kata kalau kita belajar lagi banyak bahasa? Mesti lagi meriah kan?

Zaman sekarang ni dah terlalu banyak sumber dan cara untuk belajar secara amnya. Pembelajaran juga sudah tidak terbatas dalam kelas fizikal sahaja. Ketika musim pandemik ni, banyak peluang terbentang untuk belajar di alam maya. Jadi gunakan masa dan peluang sebaiknya untuk belajar lagi, lagi dan lagi. Tak kira la korang di peringkat mana sekarang ni. Sama ada masih bersekolah, di universiti ataupun sudah melangkah ke alam pekerjaan, pintu untuk belajar tak pernah tertutup. Bak kata orang Jerman, Lebenslanges Lernen iaitu belajar berterusan sepanjang hayat.

Secara peribadi, aku sangat suka belajar bahasa. Tak kira la bahasa apa pun. Dengan mengetahui banyak bahasa, kita boleh mengenali budaya kaum dan masyarakat lain. Kita juga dapat lebih memahami cara fikir komuniti tersebut. Selain itu, kita juga dapat membuka mata dan hati untuk menilai dengan lebih matang. Semua kelebihan yang aku sebutkan tadi kita boleh dapat juga ketika melancong ke luar negara. Tapi tak semua orang berkemampuan untuk ke luar negara. Kalau dapat pun dengan masa yang terhad. Jadi dengan mempelajari bahasa, kita akan mendapat manfaat yang sama seperti kita melancong tapi dengan kos yang jauh lebih murah.

Di zaman serba canggih ni, hampir semua orang memiliki telefon pintar. Apatah lagi musim wabak ni yang memaksa semua orang untuk menggunakan teknologi. Jadi, alang-alang dah ada peranti yang pelbagai, manfaatkan la dengan memuat turun aplikasi dan melayari laman-laman yang sarat dengan ilmu dan berfaedah .

Pasal polyglot yang aku sebutkan awal tadi aku akan ulas lagi dalam post yang akan datang. Kali ni sebagai pengenalan dulu. Ciao!



Sekian, terima kasih.



Tuesday, May 25, 2021

Penulisan Bahasa Belanda - Bahagian 2

Bismillah


Sebelum aku pergi ke penulisan seterusnya, aku nak kongsi sedikit berkenaan bahasa Belanda. Bahasa ini dituturkan oleh lebih 23 juta orang secara keseluruhannya. Ia merupakan bahasa rasmi di Belanda, Belgium (khususnya wilayah Flanders) dan Suriname di benua Afrika Selatan. Selain itu, ia juga diangkat sebagai bahasa rasmi di beberapa kepulauan Caribbean seperti Aruba, Curaçao dan St Maarten. 

Pada bahagian kedua ni aku dikehendaki mencadangkan sebarang penambahbaikan atau inisiatif yang boleh membawa kebaikan dalam masyarakat di bandar atau kejiranan yang aku tinggal. Banyak aspek yang diberi tetapi akhirnya aku memilih untuk mengulas berkenaan isu pengangkutan.

Dari pengamatan aku, sistem pengangkutan di Malaysia agak jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara maju seperti kebanyakan negara di Eropah, Jepun, Korea Selatan dan sebagainya. Iya, kita ada sistem yang agak komprehensif di bahagian pantai barat khususnya kawasan Lembah Klang tetapi secara umumnya kita tiada sistem yang seragam ataupun berpusat yang boleh menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Banyak sebenarnya kebaikan menggunakan pengangkutan awam. Sekiranya sistem yang sedia ada ditingkatkan dengan lebih baik, aku yakin lebih ramai rakyat Malaysia akan menggunakan pengangkutan awam. Aku ada sentuh beberapa kebaikan dalam penulisan seterusnya. Jemput baca di bawah :)

________________________________________________________________________________

Tajuk: Kejiranan saya, bandar saya, inisiatif saya


Oudere mensen vinden dat het moeilijk is om naar de stad te komen. Er is weinig openbaar vervoer om de stad te bereiken. Cityliner – de enige busmaatschappij, die door en in de stad rijdt heeft een beperkt aantal bussen. Het CityLink-project heeft tot doel het huidige busbedrijf te ondersteunen en te helpen, zodat mensen beter naar de stad kunnen komen. Het is ook goed voor het milieu: aangezien meer mensen gebruik maken van het openbaar vervoer, zal het aantal auto's op straat afnemen.

 

In de eerste plaats beoogt het project extra bussen toe te voegen en de haltes te herschikken. Een van de grootste problemen van het huidige systeem is dat het veel inactieve haltes heeft. Door de bushalte opnieuw uit te lijnen, wordt er minder geld gebruikt om de halte in stand te houden. Het extra budget kan worden gebruikt om te upgraden en nieuwe bussen toe te voegen.

 

Daarna willen we software of een systeem ontwikkelen om de dienstregeling van de bus te standaardiseren. Veel mensen moeten lang wachten omdat ze de juiste tijd niet weten om de bus te nemen. Door onze applicatie te gebruiken, kunnen ze hun reis vooruit plannen.


Ten slotte willen we het gebruik van het openbaar vervoer promoten door middel van een abonnement. Het kan een maandelijks of jaarlijks abonnement zijn. Het is het voordeligst voor de student omdat ze altijd bussen gebruiken.

 

Voor wie is het project bestemd?

 

Het CityLink-project wil mensen stimuleren om meer met het openbaar vervoer te reizen dan met hun eigen vervoer. Iedereen kan profiteren van het project, hoewel de belangrijkste doelgroep ouderen en studenten zijn.

 

Met wie werk je samen/hoe realiseer je het project?

 

We werken samen met Cityliner en de stad zelf want het is een groot project. We zullen het project leiden en Cityliner zal eraan werken. We krijgen goedkeuring van de gemeenteraden en zij voorzien ons van een redelijk budget om het project te realiseren.

 

Op welke manier is het project belangrijk voor de stad?

 

Het hebben van een uitgebreid netwerk van openbaar vervoer zal de lokale economie stimuleren. Naast het milieu-aspect is het ook van belang om de auto's zoveel mogelijk uit de stad te houden om ongevallen te voorkomen. Toeristen zullen meer aangetrokken worden om naar een stad te komen die is uitgerust met een goed openbaar vervoersysteem.

________________________________________________________________________________

Amacam? Apa pandangan korang tentang sistem pengangkutan awam yang kita ada? Ada tak cara untuk menggalakkan rakan-rakan atau keluarga kita menggunakan pengangkutan awam dengan lebih kerap? 

Sekian, terima kasih.

Wassalam.



 

Saturday, May 15, 2021

Penulisan Bahasa Belanda - Bahagian 1

Bismillah


Sudah sekian lama aku berhenti menaip di sini. InsyaAllah untuk jangka masa pendek kali ni, aku nak berkongsi beberapa tulisan aku dalam bahasa Belanda.

Sebagai mukadimah, aku mula belajar bahasa Belanda peringkat permulaan pada tahun 2018. Tetapi ianya berhenti setakat itu sahaja disebabkan beberapa kekangan. Namun aku mula kembali menghadiri kelas bahasa Belanda bermula September tahun lepas sehinggalah sekarang. 

Di peringkat ini aku perlu banyak menulis dan membaca petikan ataupun teks dalam bahasa Belanda. Jadi aku mahu berkongsi beberapa hasil penulisan aku di sini supaya satu masa nanti aku boleh rujuk balik. Moga ia juga bermanfaat bagi sesiapa yang berminat untuk meneroka bahasa baru.

________________________________________________________________________________

Tajuk: Jamuan makan pasca korona!


Beste familie,

 

Corona is eindelijk voorbij. Heb je zin in een feestje? Op zondag 6 juni organiseer ik een groot eetfestijn in het park van de Blaarmeersen.

 

Ik heb een mooi thema gekozen. Je moet traditionele kleding dragen en stipt op tijd om 17.00 uur aankomen. Ik geef iedereen specifieke kleuren voor de kleding.

 

Ik serveer je een speciale rendang samen met ketupat nasi en lemang. Ik heb tijdens de lockdown het oude receptenboek van de familie gevonden en ik wil graag een aantal recepten uitproberen. Ik heb ook een nieuwe grilloppervlak voor de barbecue gekocht – alleen voor dit onvergetelijke evenement. Je kan er allerlei soorten vlees en groenten op grillen.

 

Je bent altijd welkom om hapjes of drinken mee te brengen, maar dat is natuurlijk niet verplicht. Ik heb een paar spelletjes voorbereid. Dus neem wat extra kleding mee om je om te kleden. Het wordt een lange dag. Ik verwacht dat we daar tot minstens 22.00 uur blijven.

 

Begin je al in de stemming te raken?

 

Stuur me dan een bericht vóór dinsdag 1 juni. Ik laat mijn gsm-nummer hieronder achter. Als je niet komt, zou je me dat dan ook via hetzelfde gsm-nummer iets kunnen laten weten? Bij voorbaat dank!

 

 

Hartelijke groeten uit Gent,

 

Tengku

0123456789

________________________________________________________________________________

PS: Ik realiseer me dat velen van jullie een allergie en/of intolerantie hebben. In bijlage vinden jullie een lijst met de ingrediënten van mijn maaltijd.

 

Rendang

Vlees, verse kokosmelk, gemalen chili, asam keping (garcinia atroviridis), kurkumablad, komijn, venkel, koriander, gebakken kokospasta, zout, bruine suiker, witte suiker, olie, uien, knoflook, laos, gember, chili, citroengras, kurkuma, vrucht van kaarsboom

 

Ketupat nasi

Rijst

 

Lemang

Kleefrijst, kokosmelk, zout, suiker

 

Groetjes,

 

Tengku

0123456789

________________________________________________________________________________

Pada bahagian kedua tugasan kali ni, aku dikehendaki memberi pandangan tentang isu semasa. Kejadian tersebut berlaku di sebuah pasar raya tempatan di Belgium iaitu Colruyt. 


Colruyt - salah sebuah rangkaian pasar raya di Belgium

________________________________________________________________________________

Tajuk: Keganasan di pasar raya


Ik denk dat de staking een goede reactie is van het bedrijf. Het is belangrijk om solidariteit te tonen voor de werknemer, ook al is het maar voor 2 minuten.

 

Ik vind dat het bedrijf serieuze maatregelen moet nemen om corona-agressie te verminderen. Zo kan het bedrijf een bewaker inhuren om de ingang te bewaken en ervoor te zorgen dat de mensen de coronamaatregelen volgen.

 

Als iemand zich niet aan de regels houdt, moet hij er onmiddellijk uit worden gezet. Zo niet, dan stoort het andere klanten die veilig willen winkelen. In deze tijd van moeilijkheden moeten mensen echt op elkaar letten en mogen ze niet egoïstisch zijn.

 

Blijkbaar leven we niet alleen in een grot. We moeten elkaar dus respecteren en geduld hebben. Hou je veilig en blijf gezond!

________________________________________________________________________________

Macam mana bahasa Belanda? Menarik tak? Kalau ada yang berminat untuk tahu lebih lanjut lagi boleh komen di bawah.

Sebelum korang pergi, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saudara-saudara kita di Palestin. Semoga mereka terus kuat dan tabah serta berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Amin.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

#savepalestine