Bismillah
Alhamdulillah kali ini kita berada di bandar Essen. Aku pernah cerita sedikit tentang bandar Essen sebelum ni. Boleh klik sini untuk rujukan. Essen ni bandar sebelah Mülheim je. Jadi selalu juga la aku ke sini. Dalam sebulan tu ada la sekurang-kurangnya sekali.
Sesuai dengan gelaran Einkaufsstadt, Essen menempatkan pelbagai jenis kedai yang pastinya tidak akan menghampakan para pengunjung. Jadi minggu ni, aku nak bawa korang berjalan-jalan sambil window shopping. Window shopping jela eh. Duit takde ni. Hehe.
Ni contoh-contoh deretan kedai. Selalunya memang ramai macam ni la kalau waktu hujung minggu. Tapi tolong la jangan datang sini hari Ahad. Hari Ahad merupakan hari cuti di mana semua kedai, pejabat dan sebagainya tidak akan beroperasi kecuali pada hari-hari tertentu. Walaubagaimanapun restoran tetap dibuka dengan waktu operasi yang berbeza. Aku tak pasti sama ada situasi ini bagus atau tidak tapi sekurang-kurangnya setiap orang mempunyai hak yang sama untuk bercuti. Berbeza dengan negara kita di mana semasa hujung minggu la kita akan keluar membeli-belah dan menghabiskan waktu di bandar. Mereka selalunya akan menggunakan waktu ini sama ada untuk berehat ataupun menghabiskan masa bersama keluarga. Ringkasnya hari Ahad digunakan oleh mereka untuk tujuan peribadi, bukan untuk bekerja.
Nampak tak apa yang diorang tengah buat tu? Diorang sedang mengagihkan terjemahan al-Quran secara percuma kepada pengunjung yang datang. Aktiviti ini selalu dilihat di bandar-bandar besar dan kebiasaannya diorang akan buka gerai di kawasan tumpuan orang ramai. Kadang-kadang aku pergi juga ambil. Sebab free kan. Hehe. Mana tahu ada kawan-kawan yang nak kenal Islam ke. Boleh la bagi al-Quran ni. Aktiviti macam ni tak pernah lagi aku lihat di negara sendiri dan aku ada terbaca satu artikel yang berkaitan dengan aktiviti ni di Malaysia. Aktiviti seumpama ini dibantah oleh MCCBCHST. Boleh klik sini untuk penerangan lanjut. Minta maaf eh. Dalam bahasa Inggeris. Oh haa lupa pula nak bagitau. Lies tu sama maksudnya dengan iqra' yang bermaksud bacalah - wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW.
Ni antara kedai kegemaran aku kat sini. Kat atas tu PRIMARK dan kat bawah pula 'fan & more'. PRIMARK merupakan kedai pakaian dan kelengkapan diri. Barang-barang kat sini semuanya murah dan kualiti kainnya boleh tahan la. Padan dengan harga. Kat bawah tu pula kedai jersi. Biasanya aku beli jersi kat sini la. Jersi yang dah habis musim kebiasaannya murah. Aku tak kisah sangat pun musim mana-mana. Yang penting ada.
Seterusnya kita tutup perjalanan kita dengan sesi menjamu perut. Kedai pilihan pada kali ini ialah Banana Leaf. Restoran ini merupakan satu-satunya restoran Malaysia di kawasan ini. Jadi kalau ada siapa-siapa yang mengidam nak makan roti canai ke laksa ke boleh la datang ke sini. Walaupun harganya agak mahal tapi apa salahnya makan kat sini jarang-jarang kan.
Tu la hidangan yang kami pilih. Jemput la tengok ye. Hehe. Ni merupakan rakan-rakan yang turut menjayakan #weekendprojekt pada kali ini.
Sebelum aku menutup tirai pada minggu ini, marilah kita sama-sama renungkan ayat di bawah.
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dilakukan oleh kedua-dua tangannya? Sesungguhnya, Kami telah menjadikan hati mereka tertutup, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka. Walaupun engkau (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk untuk selama-lamanya."
(Al-Kahf 18: 57)
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang zalim. Amin.
Sekian, wassalam.
Alhamdulillah kali ini kita berada di bandar Essen. Aku pernah cerita sedikit tentang bandar Essen sebelum ni. Boleh klik sini untuk rujukan. Essen ni bandar sebelah Mülheim je. Jadi selalu juga la aku ke sini. Dalam sebulan tu ada la sekurang-kurangnya sekali.
Sesuai dengan gelaran Einkaufsstadt, Essen menempatkan pelbagai jenis kedai yang pastinya tidak akan menghampakan para pengunjung. Jadi minggu ni, aku nak bawa korang berjalan-jalan sambil window shopping. Window shopping jela eh. Duit takde ni. Hehe.
Ni contoh-contoh deretan kedai. Selalunya memang ramai macam ni la kalau waktu hujung minggu. Tapi tolong la jangan datang sini hari Ahad. Hari Ahad merupakan hari cuti di mana semua kedai, pejabat dan sebagainya tidak akan beroperasi kecuali pada hari-hari tertentu. Walaubagaimanapun restoran tetap dibuka dengan waktu operasi yang berbeza. Aku tak pasti sama ada situasi ini bagus atau tidak tapi sekurang-kurangnya setiap orang mempunyai hak yang sama untuk bercuti. Berbeza dengan negara kita di mana semasa hujung minggu la kita akan keluar membeli-belah dan menghabiskan waktu di bandar. Mereka selalunya akan menggunakan waktu ini sama ada untuk berehat ataupun menghabiskan masa bersama keluarga. Ringkasnya hari Ahad digunakan oleh mereka untuk tujuan peribadi, bukan untuk bekerja.
![]() | ||
| Lies! (Baca: lis) |
![]() |
| Jersi Piala Dunia (Jerman) |
Seterusnya kita tutup perjalanan kita dengan sesi menjamu perut. Kedai pilihan pada kali ini ialah Banana Leaf. Restoran ini merupakan satu-satunya restoran Malaysia di kawasan ini. Jadi kalau ada siapa-siapa yang mengidam nak makan roti canai ke laksa ke boleh la datang ke sini. Walaupun harganya agak mahal tapi apa salahnya makan kat sini jarang-jarang kan.
![]() |
| Roti canai |
![]() |
| Itik panggang dengan kuah kari Thai |
![]() |
| Nasi lemak rendang daging |
Tu la hidangan yang kami pilih. Jemput la tengok ye. Hehe. Ni merupakan rakan-rakan yang turut menjayakan #weekendprojekt pada kali ini.
Sebelum aku menutup tirai pada minggu ini, marilah kita sama-sama renungkan ayat di bawah.
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dilakukan oleh kedua-dua tangannya? Sesungguhnya, Kami telah menjadikan hati mereka tertutup, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka. Walaupun engkau (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk untuk selama-lamanya."
(Al-Kahf 18: 57)
Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang zalim. Amin.
Sekian, wassalam.














May ALLAH bless of you
ReplyDeleteThank you
Delete