"What really counts are good endings, not flawed beginnings."

Tuesday, January 27, 2015

Week 4 - Köln (Cologne)

Bismillah

Alhamdulillah minggu ni aku berjaya menjejakkan kaki di Köln. Köln ialah bandar keempat terbesar di Jerman dan merupakan bandar paling besar di negeri NRW. Bandar ini terletak bersebelahan dengan ibu negeri NRW iaitu Düsseldorf. Satu masa nanti kita pergi sana ye. Banyak kenangan kat Düsseldorf.


Baiklah. Tempat pertama yang dituju semestinya ialah Kölner Dom (Cologne Cathedral). Lokasinya terletak betul-betul di luar Köln Hauptbahnhof (Cologne Central Station). Jadi korang tak perlu bersusah payah nak cari bangunan ni. Kalau korang tak berniat untuk datang ke sini pun korang tetap akan nampak sebab bangunan dia sangat tinggi. Pernah menjadi gereja tertinggi di dunia, Kölner Dom diwartakan sebagai salah satu tapak warisan dunia. Gereja ini juga menjadi mercu tanda yang paling dikunjungi di Jerman. Gereja ini sentiasa dijaga supaya tiada bahagian bangunan yang rosak. Satu fakta yang menarik tentang gereja ini ialah ianya tidak dibom semasa Perang Dunia Kedua walaupun kawasan sekelilingnya teruk di bom walaupun hampir keseluruhan bandar ini dimusnahkan sewaktu perang.


Hohenzollernbrücke (Hohenzollern Bridge) ialah destinasi kita yang seterusnya. Lokasinya cuma bersebelahan dengan gereja tadi. Jambatan ini sangat  penting kerana ia merupakan laluan kereta api selain menjadi laluan pejalan kaki. Jambatan ini merentasi sungai Rhein (Rhine) dan menghubungkan stesen utama dengan stesen Köln Messe / Deutz.


Ni kedudukan Dom tadi dari jambatan. Untuk membuktikan yang aku tak tipu korang. Hehe. Korang nampak kan kereta api tengah lalu tu? Haa jadi betul la jambatan ni digunakan sebagai laluan kereta api.


Ni la sebabnya jambatan ni digelar sebagai "love bridge". Terdapat pasangan kekasih yang 'mengunci' cinta mereka di sini menyebabkan jambatan ini dipanggil sebegitu. Nampak macam sikit je kan? Sebenarnya kitorang silap naik tangga. Ada tangga satu lagi yang menjadi tumpuan orang ramai. Eh kenapa kitorang tetiba pula ni? Haa sebenarnya minggu ni aku bergerak bersama dengan orang lain. Aku ikut kawan aku yang menjadi pemandu pelancong kepada kakak dia and the gang.



Wuu banyaknya mangga. Sampai dah tak tahu kat mana lagi boleh letak mangga. Kat sini memang penuh la sebab sebelah sini menjadi tumpuan orang ramai. Lagipun kawasan ni lagi senang nak sampai. Korang jalan terus je ke belakang Dom tu. Lepas tu terus sampai sini. Love lock yang sama juga boleh ditemui di Busan, Korea Selatan berdekatan kawasan Menara Busan.





Do you wanna build a snowman? Hey meet Olaf and his... friend? Haha. Salji turun sebelum kitorang memulakan perjalanan jadi dapat la kita bergambar dengan snowman. Eh jangan salah faham. Snowman ni bukan kitorang yang buat. Memang dah ada kat sini. Haha. Takde masa pun nak buat snowman masa tengah jalan-jalan.



Destinasi seterusnya ialah di Schokoladenmuseum. Aku rasa korang boleh agak kot apa makna dia. Jadi tak perlu la aku terjemah kan? Hehe. Maksudnya ialah muzium coklat dan nama yang lebih tepat untuk tempat ini ialah Imhoff-Schokoladenmuseum. Yang dalam gambar tu ialah kaunter masuk dia. Harga tiket untuk pelajar cuma 6.50€. Tapi pastikan korang bawa kad pelajar. Kalau tak, tak dapat la harga diskaun. Muzium ni tutup pada waktu malam jadi pastikan korang datang awal ke sini. Kitorang datang sini hari tu berjalan kaki je dari jambatan tadi tapi sebenarnya ada bas dari Hbf. Sila naik bas 133 ye dan turun di Haltestelle Schokoladenmuseum. 

Sila buat tempahan anda kat sini. (1. OG)
Selain pameran, muzium ini juga menunjukkan proses pembuatan coklat dalam skala kecil. Pengunjung juga boleh mereka (baca : design) coklat sendiri dan akan diproses oleh pekerja di sana. Harga untuk coklat tu ialah 4.90€ sahaja tapi kena tempah awal la sebab nak buat coklat tu memakan masa lebih kurang 35 minit. Jadi aku cadangkan korang pergi la tempah coklat tu dulu (sekiranya berminat) sebelum pusing-pusing dalam muzium. Tempahan coklat tu boleh dibuat di tingkat 1. Selain itu, muzium ini juga menawarkan kursus bagi sesiapa yang berminat. Harga tu aku tak pasti la pula sebab aku tak minat. 

Untuk maklumat lebih lanjut boleh la rujuk kat sini : Schokoladenmuseum
Tapi tak tahu la ada ke tak info dalam bahasa inggeris. Hehe.


Ni la rakan-rakan yang menjayakan perjalanan kali ni. Semua muka riang sebab baru lepas main. Haha. Kredit kepada pak cik yang tolong ambil gambar.




Haa lagi satu, kat sini ada jual pelbagai jenis coklat kesukaan ramai. Jadi jangan lupa untuk beli untuk yang tersayang ye. Hee.

Seterusnya kita bergerak ke kedai makan. Kedai yang bertuah kali ni ialah '3h's burger & chicken'. Dari Schokoladenmuseum tu korang boleh ambil bas 133 dan turun di Alteburger Wall. Lepas tu kena jalan sikit dan jumpa la kedai tu. Sebab apa pilih kedai ni? Sebab kat sini susah nak cari burger halal selain dari kedai Mr. Chicken. Lagipun kedai tu jual burger bakar - yang pastinya memikat selera pencinta burger. Selain dari bas 133, korang juga boleh naik bas 132 dari Hbf dan turun di Haltestelle yang sama.





Haa ni dia menu kita pada malam ni. Burger, fries dan sebotol air. Oh tidak dilupakan sos buatan sendiri. Harga untuk satu menu ialah 7€ - 9€ bergantung pada apa yang korang tempah la. 


Sekian sahaja perjalanan pada kali ini. Wassalam.

#taklamalagibakalberdua 

Tuesday, January 20, 2015

Week 3 - Schloß Borbeck, Essen


Bismillah

Alhamdulillah minggu ni kita berpindah ke lokasi lain. Kali ni kita berada di Essen. Sebuah bandar yang juga dikenali dengan nama 'Einkaufsstadt' merupakan bandar keempat terbesar di NRW dan kesembilan terbesar di Jerman. (Einkaufsstadt - bandar membeli-belah)

Baiklah. Fokus kita kali ni ialah Schloß Borbeck. Schloß boleh membawa maksud castle, palace, mansion dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Kedudukan bangunan ini terletak agak jauh dari bandar. Korang boleh naik tram 103 sama ada dari Essen Hbf ataupun dari mana-mana Bahnhof yang bersesuaian dan turun di Haltestelle Schloß Borbeck. Senang kan? Lepas tu kena jalan sikit la. Jangan la malas sangat. Heh


Sila cari papan tanda ini dan seterusnya berjalan mengikut arah yang diberi. InsyaAllah korang sedang melalui jalan yang benar. Hehe. Schloß tu tak jauh pun. Lebih kurang lima minit je jalan kaki.


Sekarang kita sudah pun berada di kawasan Schloß. Kecil je rupanya. Tapi kat belakang bangunan tu ada taman. Kalau datang waktu petang, boleh la nampak penduduk tempatan sedang berjoging ataupun sedang menikmati quality time bersama keluarga tercinta.


Jom kita ke taman. Ni pintu masuk dia. Ada lagi pintu lain tapi ni la pintu utama. Waktu ni orang tak ramai sangat sebab cuaca sejuk. Aku pun tak tahan lama sebab tu gambar tak banyak kali ni.

Kolam yang menempatkan itik-itik cantik



Disebabkan jalan ni sangat panjang, jadi aku tidak meneruskan perjalanan. Hanya mampu melihat dari jauh. Jalan digunakan juga untuk berjoging di dalam kawasan taman ni. Pokok-pokok tu nampak macam mati sebab sekarang ni musim sejuk. Suasananya pasti berbeza bila musim bunga menjengah nanti.

Kat sini ada satu video yang berkaitan dengan taman ni : Schlosspark Borbeck

Aku secara peribadinya tidak mencadangkan tempat ini bagi sesiapa yang suka tengok binaan yang menawan. Tempat ini sesuai bagi sesiapa yang ada banyak masa dan dah tak tahu nak pergi mana. So boleh la datang sini untuk habiskan masa. Tapi ini hanyalah pendapat peribadi. Terpulang la kepada setiap individu untuk menilai yang mana baik dan yang mana buruk.

Sekian sahaja untuk kali ini.

Terima kasih, wassalam.

Tuesday, January 13, 2015

Week 2 - Noch in Mülheim

Bismillah

Alhamdulillah minggu ni kita masih lagi sempat bersiaran walaupun cuaca agak kurang memuaskan. Takdir Allah yang menjadikan hujung minggu ni berangin di Jerman or maybe only in NRW. Kalau angin biasa takpe je, tapi dua tiga hari ni dah macam ribut dah. Angin kuat semacam je. Maka oleh sebab itu, aku stay je kat Mülheim. Tak berani la pergi jauh. Kang melayang susah pula orang nak kait.

Baiklah. Minggu ni aku memilih kawasan yang paling hampir dengan rumah aku iaitu Altstadt (literally "old town"). Kebanyakan bandar di Jerman ni mempunyai Altstadt. Di kawasan ni biasanya kita boleh nampak bangunan-bangunan lama yang sudah berusia beratus-ratus tahun dan pastinya mempunyai sejarah yang tersendiri.


Petrikirche ataupun gereja St. Peter merupakan sebuah gereja evangelist dan juga gereja tertua di Mülheim. Ia adalah salah satu bangunan tertinggi di sini. Lokasinya terletak di tengah-tengah bandar dan berada di dalam kawasan Altstadt. Sebaik sahaja korang keluar dari Hauptbahnhof, korang boleh terus nampak bangunan ni. Ia juga turut menjadi landmark untuk siapa-siapa yang nak cari rumah aku. Haha.

Untuk pengetahuan anda, gereja ni sedang dalam proses renovate. So tak dapat la gambar full. Gambar ni diambil pada hari ahad lepas dan langit agak gelap walaupun masa tu baru pukul 13.20. Baru lepas waktu zohor la masa ni. Rasa macam nak terbang je bila angin kuat datang. *ok dah cukup merapu


Seterusnya kita berada di Friedenstreppe. Sebab apa dinamakan Friedenstreppe? Sebab di tangga ni tertulis perkataan "peace" dalam setiap bahasa utama dunia. Oh lupa pula. Friedenstreppe ni terjemahan secara bahasanya ialah tangga keamanan. Panjang tangga ni lebih kurang 31 m sahaja. Tapi semput juga la nak naik bagi siapa-siapa yang jarang exercise. Tangga ni merupakan laluan utama untuk ke Altstadt dan antara laluan ke rumah aku.


Ni contoh perkataan yang membawa maksud Frieden (peace). Ada banyak lagi perkataan lain seperti Shalom, Paz dan Pax. Lokasi tangga ini adalah di belakang gereja tadi. Kot. Ke sebelah? Lebih kurang macam tu la.



Ni la kawasan Altstadt. Sebenarnya tempat-tempat yang aku dah explain tadi pun dah termasuk kawasan Altstadt. Tapi kawasan ni nampak la lama dan klasik dia tu haa. Datang la sini kalau ada masa. Hehe.

Baiklah. Ni jela yang aku mampu hidangkan minggu ni. InsyaAllah akan cuba explore bandar lain pula di masa akan datang. Doakan!

Sekian, wassalam.

Tuesday, January 06, 2015

Week 1 - Duisburg und Mülheim

Bismillah

Sebelum aku mula, bagi aku masa jap untuk ceritakan kenapa blog ni diberi nama sebegini. Aku buat blog ni untuk kongsikan dengan korang tempat-tempat menarik kat dalam dunia ni terutamanya di Jerman. Sebab apa? Sebab sekarang aku kat sini. Hehe. Bila aku balik Malaysia nanti, aku cerita la pasal Malaysia pula. Okay?

InsyaAllah minggu ni kita akan ke dua bandar yang penting dalam hidup aku buat masa sekarang iaitu Duisburg dan Mülheim. Kenapa penting? Sebab di dua bandar ni la aku tinggal dan belajar. Aku belajar di Duisburg dan tinggal di Mülheim. Duisburg dan Mülheim berada bersebelahan antara satu sama lain.


Nampak tak sebelah je tu? Dekat je kan? Jarak masa antara kedua-dua bandar ni lebih kurang 20 minit dengan kereta dan cuma lima minit je dengan RE. RE ni salah satu pengangkutan awam kat Jerman. Nama penuh dia Regional Express. Kereta api la senang cerita. Tapi kereta api kat sini banyak jenis. InsyaAllah akan dijelaskan pada masa akan datang.

Baiklah. Jadi tempat yang aku pilih minggu ni ialah di Tiger and Turtle, Duisburg. Apa yang menarik sangat kat sini? Haa jom kita tengok.


Nampak tak yang kecil tu la? Tu la dia. Ni pemandangan daripada Haltestelle Tiger and Turtle. Turun dari tram je pastu pusing 180° nampak la besi tu. Jom kita tengok dekat sikit.



Haa macam tu la rupa dia. Benda ni tangga rupa-rupanya. Kalau datang sini boleh la panjat benda ni tapi dengan syarat. Syaratnya kena panjat bukit dulu. Nampak kan bukit kat atas tu.


Meh aku zoom in sikit. Macam mana agaknya nak panjat kawasan berpusing tu? Tak jatuh ke kalau naik?


Oops! Tak boleh naik. Kawasan tu ada pagar. Loop tadi tak boleh masuk sebenarnya. Ye la, bahaya kan. So authorities letak la pagar di kedua-dua belah kawasan dan loop ni dilengkapi dengan CCTV tau. Jadi jangan cuba nak curi-curi masuk kat tempat ni.

Tiger and Turtle terletak agak jauh dari bandar Duisburg. Korang boleh datang sini menggunakan tram nombor 903. Perjalanan memakan masa 20 minit dari Duisburg Hbf dan sila turun di Haltestelle Tiger and Turtle.

Destinasi seterusnya ialah Mülheim dan pilihan aku untuk kali ini ialah di Schloss Broich. Schloss dalam bahasa German bermaksud istana. Istana ni terletak berdekatan dengan bandar dan sangat hampir dengan sungai Ruhr. Bagi sesiapa yang bertenaga bolehlah berjalan kaki ke sini tapi kepada anda yang inginkan pengalaman yang berbeza bolehlah menggunakan khidmat pengangkutan awam seperti tram. Naik tram bernombor 901 atau 102 dan turun di Haltestelle Schloss Broich. Perjalanan dengan tram memakan masa 2-3 minit sahaja. Tapi kalau naik tram rugi la. Korang tak dapat tengok sungai yang mengalir tenang, taman yang indah dan panorama yang menawan. Cewahh. Haha.


Kita dah sampai. Malangnya istana ni dalam proses baik pulih masa aku pergi hari tu. So tak nampak la macam mana rupa sebenar dia dari luar. Tapi jangan risau. Jom kita masuk dalam.


Jom masuk. Istana ni kecil je sebenarnya. Tu pintu masuk dia.

 

Eh dah habis pusing? Sekejap je kan. Istana ni tak besar mana pun. Tapi kat belakang istana ni ada taman. So kalau datang tengok istana ni make sure la taman tu pun korang pergi. Alang-alang dah sampai sini kan. Okay la. Itu sahaja untuk entri kali ni. Wassalam.

Sunday, January 04, 2015

Christmas Travel (Spain) | Part 1

Bismillah

InsyaAllah hari ni kita sambung lagi perjalanan kita. Ke mana? Ke Sepanyol ke kita? Haha. Jap jap. Kenapa ada part one? Ada part two ke nanti? Haa jawapannya sebab inzwischen tu aku ada pergi negara lain. So terpaksa la pecahkan cerita ni kepada dua bahagian. Kali ni fokus kepada ibu negara Sepanyol je iaitu Madrid. Lepas tu? Nanti la aku cerita.

Kami sampai kat Madrid awal pagi (Kami sebab dua orang).Tapi takde la awal sangat kot sebab masa tu baru lepas subuh - hampir pukul 9 pagi. Perjalanan dari Lisbon dengan kereta api memakan masa lebih kurang 10 jam. Kami naik kereta api renfe. Sepanyol punya syarikat. Kira macam Deutsche Bahn la kat Jerman. Haa macam tu.


Estadio Santiago Bernabéu nama diberi - merupakan stadium yang dimiliki oleh kelab bola sepak Real Madrid. Nama Inggerisnya Santiago Bernabéu Stadium. Disebabkan kami ni tak minat sangat bola, so tak banyak pun spend masa kat sini. Pusing satu round je lepas tu pergi tempat lain.



Kebiasaannya kalau pergi stadium mesti la masuk fan shop kan? Ni la rupa fan shop Real Madrid dari pintu depan. Kedai ni terletak di belakang stadium. Kiranya kena pusing stadium la baru jumpa. Aku pergi ni pun sebab minat nak tengok baju dia je. Tak minat pun team ni.

Ejército del Aire (Spanish Air Force (SPAF))


Baiklah. Misi seterusnya adalah mencari sebuah temple. Tapi sebelum sampai ke tempat tu, sempat juga la tangkap gambar bangunan-bangunan lain. Bangunan-bangunan ni termasuk dalam tarikan pelancong tapi kami tak bagi tumpuan sangat sebab nak cover tempat lain yang lagi menarik.


Hai pak cik! Kenapa ada pak cik ni kat sini? Sebenarnya masa nak cari temple tu kami sesat. So terpaksa la tanya orang. Malu bertanya sesat jalan. Kan? Pak cik ni orang kedua yang kami tanya selepas cubaan pertama gagal. Masa tu pak cik ni tengah exercise dengan kawan dia tapi dia sanggup tunjukkan jalan kat kami dan tinggal kawan dia sorang-sorang. Bukan setakat tunjuk je, siap bawa pergi sana lagi. Ya Allah! Tuhan jela tahu betapa baiknya pak cik ni. Dalam perjalanan tu sempat la dia bagi pesanan. Antara yang aku dapat tangkap adalah pasal peta. Dia kata kalau nak melancong ni kena ada peta kat tangan. Tak boleh main ingat dalam kepala je. Aku pun cakap 'Si' jela. Nak balas lebih-lebih tak  reti sebab dia cakap dalam bahasa Sepanyol.



Templo de Debod (Temple of Debod). Inilah destinasi kita. Bukan main jauh lagi berjalan + sesat. Waktu ni dah tengah hari so dah ramai la pengunjung datang. Nampak tak orang tengah beratur tu? Nak masuk ni kena bayar tau. Bayaran dia tak check la pula hari tu sebab tak masuk. Temple ni terletak di tengah-tengah taman. Agak susah la nak cari kalau tak plan betul-betul. So kalau bercadang nak berkunjung ke sini, eloklah buat research dulu sikit. Jangan main redah je.

Tips : Kalau nak masuk tempat yang berbayar, cuba beli online. Kebiasaannya tiket online lagi murah


Sekarang kita kat Palacio Real de Madrid (Royal Palace of Madrid). Nak masuk istana ni pun berbayar. So kita ambil gambar dari luar jela. Masa ni badan dah mula rasa letih. Nak ambil gambar pun dah takde mood. | Info : Real dalam bahasa Sepanyol bermaksud diraja (royal)

Metropolis (Tak masuk pun. Gambar je)
Depan pintu pagar El Retiro

Destinasi terakhir kita ialah El Retiro (Buen Retiro Park). Tempat ni adalah sebuah taman yang mana pada asalnya milik monarki Sepanyol. Ia kemudiannya dibuka kepada umum pada akhir kurun ke-19. Seperti yang tertera dalam gambar di atas, taman ni mempunyai  tasik yang luas, sesuai untuk sesiapa yang suka naik bot. Haa kalau nak naik bot tu kena tengok la waktu operasi dia. Kalau waktu musim sejuk, dia tutup awal sikit. Masa kami pergi hari tu tak sempat nak naik sebab sampai sana dah lewat.

Rujukan : http://www.madridtourist.info/buen_retiro_park.html

Alhamdulillah itu jela yang sempat dijelajahi di Madrid. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi, boleh la aku datang sini. Mungkin dengan si dia nanti. Ehem2 *batuk



Christmas Travel (Portugal)

Bismillah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.aw..

Rasanya ni merupakan blog ketiga aku kot setelah dua blog yang sebelum ni tak aktif. Aku pun tak tau la kenapa tak aktif. Harapnya blog yang ni tak jadi dormant macam blog2 yang lepas la.

InsyaAllah kali ni aku akan berkongsi pengalaman yang aku dapat sepanjang 11 hari aku travel. Alhamdulillah aku bersama seorang lagi travelmate berjaya cover empat buah negara : Portugal, Sepanyol, Gibraltar dan Perancis. Kami berada di Portugal selama lebih kurang 2 hari.


Ni gambar di Aeroporto Lisboa (Lapangan Terbang Lisbon). Lisbon merupakan ibu negara Portugal sebab tu la kami target untuk datang sini. Lagipun Portugal ni negara kecil je. Tak banyak bandar2 yang menarik untuk dituju. Penerbangan yang kami gunakan ialah Ryanair - semestinya. Sebab apa? Sebab murah. Hehe. Ryanair ni lebih kurang Airasia la kot. Penerbangan tambang murah. Biasanya overseas student akan pilih flight ni la ataupun Easyjet. Penerbangan memakan masa lebih kurang tiga jam dari Bremen, Jerman.

Haa lupa nak cerita. Sebenarnya travel aku ni ada tujuan/matlamat ataupun hadaf bak kata budak-budak usrah. Dan apa tujuan aku? Untuk tengok tinggalan Islam di bumi Eropah. Percaya atau tidak, di Portugal pun ada juga kesan-kesan Islam yang masih dapat dilihat. Selama ni aku cuma tahu di Sepanyol je. Tapi alhamdulillah lepas datang sini baru tahu ada juga tinggalan Islam di Portugal. Kat mana tu? Stay tuned.



Malam tu kami sempat keluar sekejap. Tengok suasana di kawasan sekitar. Asalnya nak keluar makan je tapi entah macam mana boleh tersasar sampai ke bandar. Nasib baik kat sini ada night life, tak macam Jerman. Asal malam je kedai tutup. Ada satu Hinweis untuk siapa-siapa yang nak datang kawasan bandar Lisbon malam-malam - cuba jauhkan diri daripada budak-budak muda yang tak tentu arah tu, takut nanti diorang offer marijuana. Lagi satu, hati2 dengan penyeluk saku. Alhamdulillah kami selamat je sepanjang berada di Lisbon. Tapi sempat la juga dua kali orang offer marijuana. Untuk kalian yang tak kenal apa itu marijuana, sila tanya pak cik Google ye. Terima kasih.

Acah2 nak buat gaya Assassin's Creed
Baiklah. Sekarang pengembaraan Upin Ipin bermula. Eh? Tempat pertama yang kita pergi pagi ni ialah Castelo de São Jorge ataupun St George's Castle dalam bahasa Inggeris. Daripada istana ni, kita boleh nampak seluruh bandar Lisbon dari atas sebab istana ni terletak di atas bukit. Nak cari istana ni pun dah jenuh. Nak kena panjat macam-macam. Maksud aku, nak cari jalan untuk masuk istana. Istana ni memang dah boleh nampak dari bawah sebab dia tinggi. Jadi takde masalah pun nak cari.


Kat binaan menara dan dinding ni kita boleh nampak hasil senibina Islam. Dipercayai dibina semasa pendudukan Muslim di Lisbon.

Puncak istana berjaya kami tawan.
Iklan sikit. Ada banyak merak kat istana ni. Xtau kenapa.
Dah habis cerita pasal istana. Jom kita ke Alfama.


Alfama ni merupakan kawasan kejiranan yang tertua di Lisbon. Mungkin boleh disamakan dengan Altstadt dalam bahasa German. Menempatkan beberapa monumen menarik seperti Igreja de Santa Engrácia (Church of Santa Engrácia) yang kemudiannya ditukar menjadi Panteão Nacional (Pantheon National).
 

Sekarang kita berada di Elevador de Santa Justa (Santa Justa Lift). Apa yang menarik sangat pasal lif ni sampai benda ni pun jadi tarikan pelancong? Haa meh sini nak bagitahu. Lif ni menghubungkan dua jalan sebenarnya. Bukan sembarangan lif tau. Disebabkan bentuk muka bumi Lisbon yang berbukit bukau, pergerakan kita menjadi terbatas terutama sekali ketika nak angkat barang atau bersama binatang. Jadi jurutera pada zaman dahulu bina lif ni untuk memudahkan pergerakan kita - manusia. Tapi kenapa jadi tarikan pelancong? Sebab lif ni merupakan satu-satunya lif menegak yang masih kekal di Lisbon.


Ni view dari guesthouse yang kami tinggal. Seperti yang dijanjikan, bilik kami dapat sea view. Susah kot nak tengok laut kat Jerman. So bila dapat tengok laut ni rasa excited pula.  Cantik kan?


Di sebelah petang pula kita ke satu taman ni. Tak ingat la apa nama dia. Yang penting cantik. Boleh nampak laut dari sini. Design taman ni nampak macam maze. InsyaAllah tak sesat pun kalau masuk. Ada je jalan keluar.

Mamat ni memang suka bendera. Heh
This is just the other side of the park. And of course, the other side of me. Hehe. *okay. selingan semata-mata


Bangunan ni kami jumpa masa dalam perjalanan nak cari aqueduct. Jadi namanya tidak diketahui sebab tak termasuk pun dalam senarai tempat untuk dilawati. Nampak macam sebuah istana tapi tak tahu la. Kalau rajin boleh la cari kat internet ye. Hee


Haa ni la aqueduct yang aku cakap tadi. Nama dia Aqueduto das Águas Livres (Águas Livres Aqueduct).  Aqueduct ni mempunyai sejarah yang tersendiri. Kalau nak cerita panjang pula. Takpe la. Aku cerita pengalaman kat sini. Punya la susah nak cari tempat ni. Masa on the way nak ke sini ada la kami tanya arah kat penduduk tempatan. Tapi malangnya diorang tak faham bahasa Inggeris. Aku pun tak faham apa yang diorang explain. So kami berjalan mengikut firasat hati dan peta yang ada. Masa nak sampai kat bangunan ni tetiba ada anjing menyalak dari tepi. Terkejut dia Tuhan jela yang tahu. Masa tu dah tak fikir apa-apa dah. Terus lari laju-laju. Dah la langit nak gelap masa tu - waktu maghrib. Lepas tu fobia aku dengan anjing datang balik.

Tamat kisah hari pertama. Fuhh panjangnya. Next!


Mosteiro dos Jerónimos ataupun Jerónimos Monastery dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu daripada tapak warisan dunia yang diwartakan oleh pihak UNESCO bersama-sama dengan satu lagi menara yang berdekatan. Cadangnya hari kedua ni nak ke Sintra tapi sebelum ni kita jalan-jalan dulu kawasan ni. Tengok apa yang menarik. Kat Sintra tu la yang aku maksudkan tadi ada kesan tinggalan Islam. Nanti kita tengok eh.


Sebelum ke menara tu kita singgah sini jap. Nampak macam cantik je kan.


Torre de Belém
(Belém Tower) diwartakan bersama-sama dengan monastery tadi sebagai tapak warisan dunia. Menara ni didirikan di atas sebuah pulau kecil sebenarnya. Sebab tu la kita boleh nampak ada air di sekeliling menara.



Sekarang kita dah sampai kat Sintra. Ni pemandangan dari atas bukit. Boleh nampak keseluruhan Sintra dari sini. Tapi ni bukan la highest point kat kawasan ni. Ada lagi. Tunggu.

Haa gayat tak?

Okay. Nama bangunan ni ialah Castelo dos Mouros (Castle of the Moors). Istana ni merupakan salah satu bangunan peninggalan Islam dan sekarang dah jadi salah satu tapak warisan dunia.


Nampak tak tulisan kat bendera tu? Kat situ tertulis Sintra dalam tulisan arab. Tapi aku xleh tarik sebab tinggi sangat. Tu je yang termampu. So ni la antara bukti yang Islam pernah sampai kat sini.


Haa kat sini la highest point kat Sintra. Nama istana ni Palácio Nacional da Pena (Pena National Palace). Senibina bangunan ni terhasil daripada pelbagai konsep termasuk neo-islamic. *tu kepala aku kot


Ni view dari Palácio Nacional da Pena. Boleh nampak Castelo dos Mouros. Maknanya yang ni lagi tinggi la kan.



Kat atas bukit tu la ada dua istana tadi. Sekarang kita kat pekan Sintra. *kenapa mesti ada minah tu -_-


Palácio Nacional de Sintra (Sintra National Palace)
Terletak di tengah-tengah pekan Sintra. Aku cadangkan tak payah la datang sini kalau masa suntuk. Tak banyak pun benda menarik kat dalam ni. Sekadar muzium. Bangunan pun seketul macam ni je. Berbeza dengan istana-istana tadi. Eh lupa nak bagitahu. Bayaran masuk untuk ketiga-tiga istana ni ialah 22.50€. Jumlah bangunan yang ada dalam pakej ialah lima. Tapi kalau ada masa sehari je, paling maksimum yang korang sempat cover cuma tiga bangunan.

Maka dengan ini berakhirlah perjalanan kami di Lisbon, Portugal. Alhamdulillah.