"What really counts are good endings, not flawed beginnings."

Thursday, January 21, 2016

#‎THIRDINTIFADA

Bismillah

So this will be my first post of the year. Sebagai muqaddimah ataupun permulaan kepada tahun baru Masihi, suka untuk aku naikkan kembali status yang pernah aku post kat FB beberapa minggu yang lalu. Ye la.. Status FB kan cepat tenggelam, jadi aku kira kalau aku copy paste kat sini boleh la digunakan untuk rujukan anak cucu nanti. Hahaha...

‪#THIRDINTIFADA
1 Jan 2015
3.15 petang 
IKIMfm
Oleh: Pengerusi MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor dan Khalid Jimat

·         Antara peristiwa besar yang berlaku pada akhir tahun lepas ialah tercetusnya Intifada 3 (penentangan rakyat Palestin terhadap zionis buat kali yang ketiga di tebing barat yakni tempat beradanya Masjidil Aqsa).
·         Intifada ini berlaku disebabkan oleh zionis yang mula mengikut hawa nafsu mereka dalam menyekat kemasukan rakyat Palestin ke dalam masjidil Aqsa untuk mengimarahkan tempat suci itu. Rentetan inilah, maka para pemuda/pemudi penjaga masjid Aqsa mula bangkit menentang zionis dan mengisytiharkan sebagai Intifada 3.
·         Jika Intifada 1, dapat kita lihat tertubuhnya Hamas (sebuah gerakan politik yang memperjuangkan pembebasan Palestin) yang berhasil untuk menggerunkan zionis.
·         Manakala pada Intifada 2, menyaksikan gerakan oleh al-Qassam iaitu sayap tentera Hamas membebaskan semenanjung Gaza dari zionis.
·         Intifada 3 yang bermula ini akan memungkinkan PEMBEBASAN masjidil Aqsa dan sekali gus menghalau zionis dari situ. Sama-sama kita doakan.
·         Persidangan di Turki juga telah memberi kesan yang besar kepada seluruh negara untuk membantu rakyat Palestin, dari situ penglibatan dulu Aqsa Syarif dan sekarang ini disekalikan bersama enam agensi lain di bawah MyCARE mula membawa masuk bantuan kepada rakyat Palestin selain banyak lagi NGO dari Malaysia yang membantu memberikan sumbangan terhadap Palestin.
·         MyCARE telah membuka ofis di Gaza bagi memudahkan pengurusan bantuan yang dikendalikan oleh orang Palestin sendiri. Setakat 2010, lebih dari 62 juta telah disalurkan oleh MyCARE kepada Palestin.
·         Sumbangan terbaru adalah membantu dari segi rakyat Palestin yang terdiri daripada pemuda/pemudi di Tebing Barat untuk mengimarahkan masjid al-Aqsa sekali gus memperjuangkan pembebasan masjid suci itu.
·         BDS
o        Kita bukan hanya memberi sumbangan sahaja, tetapi kita mestilah berfungsi berusaha menyekat ekonomi zionis melalui kempen-kempen boikot. Menyahut seruan ini, usaha boikot telah dimulakan oleh negara EU melalui kempen BDS (Boycott, Divestment & Sanction) dan telah dibincangkan pelaksanaannya di Malaysia oleh NGO pada bulan September lepas di UM.
·         Antara empat barangan yang menjadi keutamaan ialah:
o    Nestlé, 
o    L'Oréal, 
o    McD,
o    Coca-Cola.
·         Isu Palestin sangat penting bagi kita kerana isu ini merupakan isu Tauhid yang patut kita perjuangkan selain bukan Islam melihat isu ini sebagai isu kemanusiaan dan hak rakyat Palestin.


Akhir kalam, kalau kita tidak mampu untuk boikot semua sekurang-kurangnya kita cuba la untuk boikot yang empat ni sebagai permulaan. Yang paling penting ialah keikhlasan dan usaha kita dalam membantu umat ini. Wallahua'alam.

Sekian, terima kasih.




No comments:

Post a Comment