Bismillah
Ya Allah! Dah sebulan setengah rupanya aku tak berprojek. Masa nak
update entry ni baru perasan. Dari Week 9 terus
jump ke Week 15. Pheww~ lama tu. Insya-Allah aku akan cuba perbaiki lagi prestasi aku (walaupun takde orang
check).
 |
| Bonn Hbf |
Baiklah. Mari aku kongsikan hasil tangkapan minggu ni. Alhamdulillah Allah beri aku kekuatan untuk menapak ke tempat yang sedikit jauh daripada kebiasaan. Tempat pertama yang aku pergi minggu ni ialah Bonn. Bonn merupakan antara bandar tertua di Jerman dan pernah menjadi ibu negara Jerman Barat suatu ketika dahulu. Ia juga merupakan bandar kelahiran Beethoven. Bagi peminat-peminat musik, pastinya nama Beethoven tidak asing bagi mereka.
Misi aku ke sini kali ini ialah untuk melihat keindahan Sakura atau
Cherry Blossom dalam
bahasa Inggeris. Pada waktu yang sama ada Kirschblütenfest (Cherry Blossom Festival) kat Altstadt. Waktu aku pergi hari tu bunga tak bloom lagi. Maksud aku tak sepenuhnya lagi. Jadi agak menyedihkan juga la. Sesetengah tempat je yang dah bloom.
 |
| Antara aktiviti semasa Kirschblütenfest |
Haa kat tempat ni la sepatutnya lawa. Tapi masa aku pergi hari tu ada ranting je. Entah bila la nak bloom. Aku perhati je. Hahaha. Tengok la kalau rajin, aku pergi lagi. Jauh kot. Sejam setengah dari Mülheim ni.
Sterntor ataupun star gate dalam bahasa Inggeris merupakan antara kesan tinggalan sejarah zaman dahulu. Ianya ialah sebuah dinding pada asalnya. Lokasinya terletak di tengah-tengah bandar Bonn. Aku menghabiskan masa kat sini sejam je. Macam tak berbaloi pun ada. Dah la sakura takde. Tapi takpe, sekurang-kurangnya dapat juga dijadikan bahan untuk entri kali ni. Hehe.
Seterusnya kita bergerak ke Düsseldorf, ibu negeri NRW. Düsseldorf merupakan bandar pertama yang aku jejaki di Jerman. Aku menghabiskan masa selama enam bulan kat sini untuk menghadiri kursus bahasa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar di sini.
Baiklah. Jom kita berjalan-jalan menelusuri bandar Düsseldorf yang damai. Tempat yang wajib untuk pengunjung datang sudah tentunya Atstadt (Old City). Tapi kali ni kita menyimpang sikit, kita ke tempat lain dulu.
Sekarang kita berada di Rheinturm (Rhine Tower). Ianya merupakan sebuah menara telekomunikasi dan dikatakan bangunan yang tertinggi di Düsseldorf. Menara ini terletak berhampiran dengan sungai Rhine. Korang boleh naik menara ni untuk melihat pemandangan seluruh Düsseldorf. Di puncak menara ini terdapat sebuah restoran yang agak unik pada pendapat aku. Untuk mengetahui lebih lanjut silalah datang dan lihat sendiri.
Seterusnya kita ke Hafen (Harbour). Kat sini ada beberapa bangunan dengan seni bina yang pelik. Jom kita saksikan!
Ni la bangunan-bangunan yang aku maksudkan. Ada yang diperbuat daripada besi, ada yang berbentuk bulat dan ada yang tiada bentuk tertentu. Yang paling akhir pun menarik sebab ada patung yang tengah panjat bangunan tu.
 |
| Pandangan Hafen dan bangunan-bangunan secara keseluruhan |
 |
| 'Pantai' Rhine |
 |
| Pandangan Rhine daripada Hafen |
|
 |
| Gambar bonus. Wakakaka |
Baiklah. Sekian sahaja pengembaraan Upin dan Ipin kali ni. Insya-Allah kalau diberi kesempatan akan aku sambung lagi kisah di Düsseldorf . Banyak sebenarnya cerita kat sini. Tapi bukan sekarang la aku bagitahu.
Sekian, wassalam.
No comments:
Post a Comment