Bismillah
Kalau minggu lepas kita ke Bonn dulu, minggu ni kita beralih angin sedikit. Aku berada di Düsseldorf pada petang Sabtu sebab waktu malam tu ada event - Nacht der Museen. Event ni kira macam event tahunan la kat Düsseldorf. Semua muzium di Düsseldorf akan dibuka pada waktu malam dari jam 19.00 - 2.00. Lama juga la kan? Dengan harga tiket sebanyak 14€, aku kira berbaloi la untuk korang pergi bagi sesiapa yang minat dengan benda-benda macam ni. Shuttle bus juga disediakan secara percuma kepada semua pengunjung muzium. Jadi tak perlu la risau pasal pengangkutan.
Masa ni awal lagi. Langit masih cerah. Ni tempat pertama yang aku pergi -
Kunstsammlung Nordrhein-Westfalen. Tempat ni kira famous la kot. Nak masuk pun beratur panjang. Ianya merupakan sebuah muzium seni dan sudah pun berusia lebih 50 tahun.
Antara pameran yang aku sempat lihat hari tu. Aku ni buta seni so tak pandai la nak appreciate benda-benda macam ni. FYI ni merupakan kali pertama aku masuk muzium seni. Aku secara peribadi lebih minat muzium yang ada kaitan dengan sejarah tapi aku sangat menggalakkan kepada siapa-siapa yang minat seni untuk datang berkunjung ke muzium ni.
Seterusnya kita ke Landtag NRW. Landtag (baca: lantak. Hahaha) merupakan state parliament kepada negeri ni. Ni pun kali pertama aku masuk walaupun dah dua tahun jadi penduduk NRW. Selalunya jalan-jalan kat luar je. Lokasi dia bersebelahan dengan Rheinturm dan sangat dekat dengan Hafen.
Dewan parlimen yang menempatkan 237 kerusi bagi negeri ini sahaja. Sehingga entri ini ditulis, Presiden kepada NRW merupakan ahli SPD. Mati-mati aku ingat CDU yang pegang NRW. Takpe la. Aku pun tak mahir sangat politik kat Jerman ni.
Cepat la datang kepada siapa-siapa yang berminat. Dalam masa kurang dari dua minggu, dijangka bunga akan gugur. Jadi sekejap jela masa untuk korang datang sini.
Terserempak dengan Pengarah MARA Jerman dalam perjalanan pulang. Kitorang dah nak balik, dia pula baru sampai. Apa-apa pun sangat berpuas hati dengan perjalanan kali ni. Bukan lagi pulang dengan kehampaan.
Sekian, wassalam.

Antara aktiviti di Landtag semasa event ini berlangsung. Dapat dengar musik free. Haha. Ada juga bahan pameran kat sana. Aku tak pasti la bahan pameran tu memang dah ada kat sana atau ada semasa Nacht der Museen je.
Jom balik kampung! Wah rindunya kat Benrath. Kali ni aku berpeluang juga ke Benrath walaupun tak dapat tengok rumah lama, tapi dapat pergi kawasan dekat-dekat situ pun jadi la. Destinasi kita kali ini ialah ke Schloss Benrath (Benrath Palace).
![]() |
| Antara hiasan dalaman istana |
Haa macam ni la rupa Schloss waktu malam. Cantik juga kan? Bangunan dia warna merah jambu. Di belakang bangunan ni ada taman yang sangat luas. Ni antara tempat yang aku cadangkan untuk korang datang. Rugi siapa tak datang sini.
Sekarang kita beralih pula ke Bonn. Minggu lepas dah pergi, minggu ni pergi lagi. Tapi kali ni balik dengan hati yang puas. Dapat juga tengok bunga sakura kat sana. Itu la antara tarikan di bandar Bonn.
Sekali lagi kita berada di kawasan Altstadt. Walaupun hari Ahad, tapi orang tetap ramai. Kebiasaannya pada hari Ahad, semua kedai-kedai di Jerman cuti. Jadi tak ramai la orang yang keluar.

.jpg)