"What really counts are good endings, not flawed beginnings."

Tuesday, February 17, 2015

Week 7 - Duisburg und Mülheim

Bismillah

Fokus kita pada minggu ini berlainan sedikit. Kali ini tumpuan aku adalah pada aktiviti bersama rakan-rakan. Oleh sebab itu, aku tak keluar dari kawasan Duisburg dan Mülheim.

Aktiviti mingguan pelajar Melayu kat sini ialah futsal. Aku bukanlah nak tekankan sangat perkataan Melayu tapi memang yang join futsal ni semua Melayu. Kadang-kadang tu ada la pelajar luar yang join.



Ni la keadaan padang. Sesuai untuk permainan 5 sebelah. Kebiasaannya akan ada 15-20 pemain. Lebih kurang tiga pasukan la. Jadi kalau main tu takde la letih sangat. Kalau nak murah kena datang main sebelah pagi sebab ada diskaun.


Kelantan tetap di hati. Haha
Disebabkan jumlah pemain yang ramai, maka haruslah kami ambil giliran. Siapa yang kalah kena keluar. Haha. Aku tak pernah main futsal kat Malaysia kecuali kat GMI dulu. Jadi aku tak tahu la nak bandingkan macam mana. Sama ada sini lagi best ataupun kat Malaysia.



Seronok sangat bermain sampai lupa nak perkenalkan nama tempat ni. Haha. Baiklah. Nama diberi Fit4Life GmbH. Lokasinya terletak di Sternbuschweg 360, Duisburg. Tempat ini juga menempatkan gelanggang badminton, kawasan wall climbing dan lain-lain selain daripada gelanggang futsal. Senang cerita banyak la game yang korang boleh main kat sini. Tempat ni tak jauh pun dari Duisburg Hbf. Korang boleh sampai ke sini sama ada dengan metro ataupun bas.

Ni la rakan-rakan yang turut serta dalam aktiviti kali ini. Takdir Allah yang datang minggu ni semua Melayu. Kebanyakannya datang dari Duisburg sendiri tapi ada je dari tempat lain seperti Dortmund, Leverkusen dan Krefeld.


Aktiviti seterusnya: Makan! Haha. Setelah penat bermain, maka semestinya perut diisi. Kedai terpilih kali ni ialah sebuah restoran Mongolia. Lokasinya terletak di dalam kawasan Mülheim. Untuk sampai ke kedai ni, kita kena jalan kaki sikit. Lebih kurang 10 minit dari Haltestelle Speldorf Betriebshof. Perjalanan dengan tram 901 hanya 11 minit dari Mülheim (Ruhr) Hbf. Korang boleh juga ambil tram yang sama dari Duisburg Hbf. Oh haa makanan kat sini tak halal tau. Jadi pandai-pandai la pilih makanan. Harga yang dikenakan juga agak berpatutan. Restoran ini menyediakan makanan dari Mongolia, China dan Jepun.

Begitulah kisahnya pada minggu ni. Aktiviti-aktiviti seumpama inilah yang boleh membuatkan pelajar oversea berkumpul. Kalau kat kelas susah nak jumpa melainkan jika sama jurusan. Maka masa hujung minggu macam ni la buat mini gathering sama ada dengan cara bersukan ataupun makan.

Sebelum aku menutup tirai pada minggu ini, marilah kita sama-sama hayati terjemahan ayat al-Quran ni:

"Wahai manusia! Kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling MENGENALI. Sesungguhnya, yang paling MULIA di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling BERTAKWA. Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Teliti."

(Al-Hujurat, 49: 13)

Sekian sahaja untuk kali ni.

Wassalam.

Tuesday, February 10, 2015

Week 6 - Essen

Bismillah

Alhamdulillah kali ini kita berada di bandar Essen. Aku pernah cerita sedikit tentang bandar Essen sebelum ni. Boleh klik sini untuk rujukan. Essen ni bandar sebelah Mülheim je. Jadi selalu juga la aku ke sini. Dalam sebulan tu ada la sekurang-kurangnya sekali.


Sesuai dengan gelaran Einkaufsstadt, Essen menempatkan pelbagai jenis kedai yang pastinya tidak akan menghampakan para pengunjung. Jadi minggu ni, aku nak bawa korang berjalan-jalan sambil window shopping. Window shopping jela eh. Duit takde ni. Hehe.




Ni contoh-contoh deretan kedai. Selalunya memang ramai macam ni la kalau waktu hujung minggu. Tapi tolong la jangan datang sini hari Ahad. Hari Ahad merupakan hari cuti di mana semua kedai, pejabat dan sebagainya tidak akan beroperasi kecuali pada hari-hari tertentu. Walaubagaimanapun restoran tetap dibuka dengan waktu operasi yang berbeza. Aku tak pasti sama ada situasi ini bagus atau tidak tapi sekurang-kurangnya setiap orang mempunyai hak yang sama untuk bercuti. Berbeza dengan negara kita di mana semasa hujung minggu la kita akan keluar membeli-belah dan menghabiskan waktu di bandar. Mereka selalunya akan menggunakan waktu ini  sama ada untuk berehat ataupun menghabiskan masa bersama keluarga. Ringkasnya hari Ahad digunakan oleh mereka untuk tujuan peribadi, bukan untuk bekerja.

Lies! (Baca: lis)

Nampak tak apa yang diorang tengah buat tu? Diorang sedang mengagihkan terjemahan al-Quran secara percuma kepada pengunjung yang datang. Aktiviti ini selalu dilihat di bandar-bandar besar dan kebiasaannya diorang akan buka gerai di kawasan tumpuan orang ramai. Kadang-kadang aku pergi juga ambil. Sebab free kan. Hehe. Mana tahu ada kawan-kawan yang nak kenal Islam ke. Boleh la bagi al-Quran ni. Aktiviti macam ni tak pernah lagi aku lihat di negara sendiri dan aku ada terbaca satu artikel yang berkaitan dengan aktiviti ni di Malaysia. Aktiviti seumpama ini dibantah oleh MCCBCHST. Boleh klik sini untuk penerangan lanjut. Minta maaf eh. Dalam bahasa Inggeris. Oh haa lupa pula nak bagitau. Lies tu sama maksudnya dengan iqra' yang bermaksud bacalah - wahyu yang pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW.



Jersi Piala Dunia (Jerman)
Ni antara kedai kegemaran aku kat sini. Kat atas tu PRIMARK dan kat bawah pula 'fan & more'. PRIMARK merupakan kedai pakaian dan kelengkapan diri. Barang-barang kat sini semuanya murah dan kualiti kainnya boleh tahan la. Padan dengan harga. Kat bawah tu pula kedai jersi. Biasanya aku beli jersi kat sini la. Jersi yang dah habis musim kebiasaannya murah. Aku tak kisah sangat pun musim mana-mana. Yang penting ada.


Seterusnya kita tutup perjalanan kita dengan sesi menjamu perut. Kedai pilihan pada kali ini ialah Banana Leaf. Restoran ini merupakan satu-satunya restoran Malaysia di kawasan ini. Jadi kalau ada siapa-siapa yang mengidam nak makan roti canai ke laksa ke boleh la datang ke sini. Walaupun harganya agak mahal tapi apa salahnya makan kat sini jarang-jarang kan.

Roti canai
Itik panggang dengan kuah kari Thai
Nasi lemak rendang daging


Tu la hidangan yang kami pilih. Jemput la tengok ye. Hehe. Ni merupakan rakan-rakan yang turut menjayakan #weekendprojekt pada kali ini.

Sebelum aku menutup tirai pada minggu ini, marilah kita sama-sama renungkan ayat di bawah.

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dilakukan oleh kedua-dua tangannya? Sesungguhnya, Kami telah menjadikan hati mereka tertutup, (sehingga mereka tidak) memahaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka. Walaupun engkau (Muhammad) menyeru mereka kepada petunjuk, nescaya mereka tidak akan mendapat petunjuk untuk selama-lamanya."
(Al-Kahf 18: 57)

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang zalim. Amin.

Sekian, wassalam.


Tuesday, February 03, 2015

Week 5 - St.-Johann-Str., Duisburg

Bismillah

Alhamdulillah minggu ni kembali ke Duisburg. InsyaAllah kali ni kita buat sedikit kelainan. Apa yang lainnya? Minggu ni kita tak pergi jalan-jalan. Stay kat rumah je tapi kita buat satu masakan istimewa negeri pantai timur iaitu nasi kerabu.

Oh haa. Lupa pula. Kenapa tajuk macam tu? Tu sebenarnya alamat rumah kawan aku. Kitorang masak dan buat jamuan kat situ. St. merupakan singkatan kepada Sankt ataupun Saint dalam bahasa Inggeris. Str. tu pula singkatan kepada Straße (jalan). Cara baca dia : shtghasse. Stres tak nak baca? Haha.

Mula-mula kita sediakan bahan dulu. Jom tengok apa bahan-bahannya.


Ini bahan-bahan untuk tumis. Kat dalam ni ada pelbagai jenis bawang, halia dan lada kering yang dah direbus. Kisarkan bersama lepas tu masukkan ke dalam santan yang menggelegak. Santan tu mestilah dimasak bersama dengan serai. Pastikan santan selalu dikacau dan api hendaklah tidak terlalu besar.




Ni antara bahan lain yang diperlukan. Kat sini susah nak cari ikan segar jadi kitorang pakai ikan dalam tin jela. Senang sikit. Tak perlu rebus. Hehe. Sayur yang jarang dijumpai kat Jerman tu boleh la korang cari kat Asia Markt. Semua ada.


Haa kita dah separuh jalan dah ni. Sambal ikan dah siap. Bahan-bahan yang diperlukan ialah bawang merah, halia, serai dan kelapa yang dah digoreng (tanpa minyak). Tumbuk bawang merah dan halia. Pastikan halia tu hancur tau, bawang tu kalau tak hancur sangat pun takpe. Pastu campurkan ikan ke dalam campuran bawang dan halia. Tumbuk ikan sampai hancur. Kemudian bolehlah dicampurkan sebatian tersebut ke dalam kelapa yang dah digoreng tadi. Masukkan sekali halia yang dihiris halus. Gaul sampai rata. (Yang ni aku tumbuk. Kikiki)


Tadaa! Inilah hasilnya. Nasi kerabu biru berlaukkan ayam bakar. Kitorang guna pewarna biru je sebab nak senang. Kalau ada bunga tu lagi bagus sebenarnya. Lebih asli. Ayam tu pula dah diperap semalaman.


Ketua chef kita pada kali ini. Masih lagi solo katanya. Haha. Nama diberi Muhammad Afuan dan berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Kalau ada yang berkenan bagitau la eh. Hee.

Sebelum aku tutup entri kali ni, aku nak kongsi satu ayat yang menarik kepada pembaca sekalian.

"Harta dan anak-pinak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal-amal soleh yang berterusan adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."
(Al-Kahf, 18: 46)

Fikirkan dan selamat beramal.

Sekian, wassalam.