Bismillah
Pintu sempadan negara dah mula dibuka. Malah banyak negara lain yang sudah beralih ke fasa endemik ataupun dah back to normal seperti zaman pra Covid. Hal yang sama berlaku di negara-negara dalam EU bila mana ujian PCR dan kuarantin dah tak relevan lagi. Travelling sudah hampir sama seperti sebelum ni tanpa perlunya kerenah birokrasi yang rumit.
Baru-baru ini aku berkesempatan menyertai rombongan dari Malaysia yang datang ke Eropah untuk berjalan-jalan. Perjalanan aku bermula dengan bas dari Brussels menuju ke Amsterdam untuk berjumpa dengan mereka. Kali terakhir aku ke Amsterdam adalah pada Disember 2018 walaupun aku kerap kali ke Belanda untuk urusan lain. Namun tak banyak yang berubah di Amsterdam.
Tujuan trip kali ni ialah untuk melawat taman/ladang tulip. Kami tiba sehari sebelum tamatnya Tulip Festival di Keukenhof. Suasana sudah banyak berubah berbanding 8 tahun dulu. Dah banyak kemudahan disediakan untuk pengunjung. Kami memilih untuk membeli tiket masuk bersama dengan shuttle service dari Amsterdam untuk memudahkan perjalanan. Harga untuk pakej tersebut ialah 33,50 €. Sebagai perbandingan, harga untuk pakej yang sama pada tahun 2014 ialah 28 €.
Seterusnya kami pulang ke bandar Amsterdam untuk makan tengah hari dan jalan-jalan sekitar Amsterdam Centraal. Kat Amsterdam alhamdulillah tiada masalah untuk mencari makanan halal. Ada pelbagai pilihan dari masakan Nusantara, Timur Tengah mahupun makanan barat. Masjid juga tak jauh dari bandar bagi yang memilih untuk melawat dan solat di sana.
Masjid yang selalu aku pergi kalau aku kat Amsterdam ialah Islamic Faith Foundation. Lokasinya yang tak jauh dari bandar dan sangat dekat dengan stesen tram memudahkan lagi perjalanan khususnya bagi backpackers. Ianya terletak kurang dari 30 minit berjalan kaki dari Amsterdam Centraal dan tak jauh dari Anne Frank Huis.
Hari seterusnya aku terpaksa pulang awal kerana ada hal yang perlu diuruskan. Mereka meneruskan perjalanan ke Giethoorn dengan menaiki teksi. Giethoorn merupakan satu perkampungan di wilayah Overijssel. Pengunjung boleh menaiki bot untuk melihat sekitar kampung. Ada juga beberapa muzium kecil untuk melihat bagaimana kehidupan orang tempatan di sana. Kalau cuaca baik, kita boleh tengok macam mana mereka buat stroopwafel secara tradisional dan boleh terus beli dari mereka. Makan wafel panas-panas lepas penat berjalan memang terbaik la!
Berikut merupakan ringkasan perjalanan mengikut itinerary yang diberi:
- Hari pertama:
- Ketibaan di Amsterdam Schiphol Airport (lewat petang)
- Check in hotel
- Makan malam dan rehat
- Hari kedua:
- Jalan-jalan sekitar Jordaan
- Tulip Museum
- Tulip Festival (Keukenhof)
- Amsterdam History Museum
- Pergi ke Food Hallen untuk makan malam
- Hari ketiga:
- Pergi ke Giethoorn, fairytale village
- Hari keempat:
- Canal tour
- Waterlooplein Flea Market
- Bersiap untuk ke Brussels
Itu sahaja untuk penulisan kali ni. InsyaAllah kalau rajin aku akan update untuk perjalanan seterusnya di Brussels dan Paris.
Sekian, terima kasih.


