Bismillah
Pertama sekali ingin aku memohon maaf kepada pembaca sekalian sebab dah lama tak update blog ni. Bukan apa. Aku tengah final exam sekarang ni. Ni pun masih lagi berbaki satu paper. Harapnya okay jela semua paper aku, insya-Allah. Doakan! Last paper 25.03 ni. Weehuu!
Baiklah. Sebenarnya entri ni sepatutnya ditulis dua minggu lepas tetapi disebabkan keterhadan masa aku, maka hari ni baru aku sempat nak tulis. Kali ni kita berada di tempat baru. Sebuah bandar di NRW yang diberi nama Krefeld. Bandar ni berjiran dengan Duisburg dan juga Düsseldorf, ibu negeri NRW. Nantilah lain kali aku bagitahu profil bandar ni. Kita tulis dulu apa yang berlaku pada minggu ke-9 tahun 2015.
Seperti biasalah, tempat pertama yang kita akan sampai mestilah tak lain dan tak bukan iaitu Hauptbahnhof. Stesen dia tak besar sangat tapi ada la ICE yang berhenti kat sini. Jadi, tu salah satu petanda yang Krefeld ni merupakan bandar yang besar ataupun sekurang-kurangnya mempunyai bilangan penduduk yang ramai.
![]() |
| Abang-abang sado menjadi pak guard sukarela |
Menu yang aku pilih hari ini ialah Schnitzel. Schnitzel ni macam chicken chop la kat Malaysia tapi cara dia hias tu lain sikit. Sos pun berbeza mengikut menu yang kita pilih. Aku lupa dah apa nama dia. Tapi dalam mangkuk tu ada la Schnitzel sekeping dan yang warna kuning tu campuran sos dengan keju. Oh. Dan Salat tu memang menu sampingan yang 'sunat muakkad' dalam setiap menu orang Turki. Salat ni campuran sayur-sayuran. Korang boleh pilih sama ada nak makan benda ni dengan nasi ataupun kentang. Kebiasaannya aku akan pilih nasi la tapi untuk menyenangkan keadaan aku pilih jela kentang supaya seragam.
Sebenarnya event kali ni bertujuan untuk meraikan hari jadi seorang kawan. Hampir semua Duisburger dan Krefelder datang untuk memeriahkan majlis. Sekejap lagi aku intro tuan punya badan.
Inilah dia birthday boy. Yang pakai baju hitam tu. Nama diberi Muhammad Nazeer bin Zulkarnain tetapi lebih dikenali dengan nama panggilan Tok Ki dalam kalangan rakan-rakan. Aku panggil Tok je. Dilahirkan pada tanggal 1 Mac - a few days later than me. Hehe. He is very proud of his own status as a Penangite. Juga seorang yang bijak dan kini sedang menuntut di HS Niederrhein, Krefeld dalam jurusan kejuruteraan mekanikal. Berminat? PM saya. Hahaha.
Rakan-rakan yang turut menjayakan majlis hari jadi Tok. Agak ramai la kan sebenarnya umat Melayu di NRW ni. Haha. Baru dua bandar ni.
Selamat hari jadi Tok! Semoga anda menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sebelum aku menutup tirai pada minggu ini, marilah kita sama-sama renungkan sepotong ayat daripada al-Quran yang bermaksud:
"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan balasan bagimu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya, dia memperoleh kemenangan. Ingatlah kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya."
(Ali 'Imran, 3 : 185)
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
#keindahankrefeld







